Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Zotac Gaming Zone Dijual Pada Harga RM3,899

Posted on Disember 10, 2024

Sebelum ini, Zotac telah memperkenalkan Zotac Gaming Zone, konsol permainan mudah alih terbaharu, akan mula dijual di Malaysia pada harga RM3,899. Diperkenalkan di Gamescom 2024, peranti ini direka untuk memberikan pengalaman gaming berkualiti tinggi dalam reka bentuk kompak.

Zotac Gaming Zone dikuasakan pemproses AMD Ryzen 7 8840U dan GPU AMD Radeon 780M. Ia menampilkan skrin sentuh AMOLED 7 inci FHD dengan kadar penyegaran 120Hz, HDR, dan kecerahan maksimum 800 nits. Dilengkapi memori 16GB LPDDRX RAM dan storan NVMe PCIe 4.0 512GB, peranti ini sesuai untuk permainan intensif.

Konsol ini juga mempunyai kawalan seperti Hall effect analog sticks, adjustable triggers, dan radial dials untuk pengubahsuaian pantas. Antara ciri lain termasuk port USB4, slot microSD, kickstand terbina, dan lampu RGB.

Bateri 48.5Wh di dalamnya boleh bertahan sekitar 1 hingga 2 jam untuk permainan berat. Dengan reka bentuk premium dan spesifikasi canggih, Zotac Gaming Zone dijangka menarik perhatian peminat gaming PC mudah alih di Malaysia.

Prapesan akan bermula pada 13 Disember 2024 melalui pengedar sah di seluruh negara. Pelanggan yang membuat prapesanan akan menerima bekas simpanan percuma bernilai RM189. Selain itu, mereka juga boleh mendapatkan docking station pada harga promosi RM199 (harga asal RM289) sehingga 31 Disember, selagi stok masih ada.

{suggest}

Sumber: Zotac

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress