Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Infinix ZERO Flip KV

ZERO FLIP, Telefon Lipat Pertama Infinix Bakal Dilancar Oktober Ini

Diterbitkan September 24, 2024 oleh Rushsyafizal

Infinix bakal memperkenalkan telefon lipat pertama mereka, Infinix ZERO FLIP, pada 1 Oktober 2024 di Malaysia selepas memperkenalkan Infinix ZERO 40.

Infinix ZERO FLIP menawarkan pengalaman pengguna yang lancar melalui skrin luar 3.64 inci yang membolehkan interaksi pantas serta kadar segar semula 120Hz.

Ia juga hadir dengan ciri kamera depan dan belakang 4K dengan keupayaan video ProStable direka untuk penghasilan kandungan vlog. Tambahan pula, teknologi engsel Zero-Gap memastikan reka bentuk boleh lipat yang kemas dengan sedikit kesan lipatan pada skrin, meningkatkan ketahanan dan gaya telefon ini.

Untuk spesifikasi lain, ia telah didedahkan sebelum ini.

gsmarena_002 (1)
gsmarena_003 (1)

Infinix Zero Flip, tampil dengan skrin dalam AMOLED lipat 6.7 inci FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Skrin luarnya pula bersaiz 3.64 inci dengan kadar segar semula 120Hz, dilengkapi perlindungan Gorilla Glass (versi masih belum didedahkan).

Dari segi kamera, Zero Flip dilengkapi kamera utama 50 MP yang digandingkan dengan kamera 10.8 MP, serta kamera swafoto 12 MP.

Telefon ini, dikuasakan cip MediaTek Dimensity 8020 dengan 8GB RAM LPDDR4X dan storan 512GB UFS 3.1.

Kapasiti bateri adalah 4,720mAh yang menyokong pengecasan 70W. Telefon ini juga dilengkapi pembesar suara stereo serta menjalankan sistem operasi Android 14 dengan antara muka XOS yang disertakan ciri AI.

Apa-apa pun, maklumat penuh bakal diketahui pada 1 Oktober 2024 depan.

Berkaitan

  • Perbandingan Gambar: Model Ini Ternyata Lebih Berbaloi
  • (Ulasan) ASUS Vivobook S15 OLED Snapdragon - 'Laptop' Dengan Bateri 18 Jam
  • AS Cadang Haramkan Perisian, Perkakasan Kenderaan Dari China
  • Beberapa Pengguna iOS 18 Lapor Isu Skrin Tidak Responsif
  • PlayStation 5 Pro Berharga RM3849, Prapesan Bermula Khamis Ini

Sumber : Siaran Media Infinix

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY