Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 16_unresponsive

Beberapa Pengguna iOS 18 Lapor Isu Skrin Tidak Responsif

Diterbitkan September 24, 2024 ยท Dikemas kini September 24, 2024 oleh Amalina Athman

Beberapa pengguna iPhone yang menjalankan iOS 18, terutamanya pemilik iPhone 16, melaporkan masalah skrin tidak responsif atau bertindak balas pada peranti tersebut.

Pengguna di Reddit melaporkan terdapat kawasan pada skrin tidak responsif apabila disentuh, yang menjejaskan pelbagai interaksi seperti menatal, menekan butang dan ralat apabila menaip.

Walaupun pada mulanya ia dianggap hanya berlaku pada model iPhone 16, laporan tambahan pengguna iPhone lain menunjukkan bahawa masalah itu lebih meluas dan mungkin berpunca daripada pepijat perisian.

Punca utamanya mungkin berkaitan algoritma penolakan sentuhan yang terlalu sensitif dalam iOS 18, yang direka untuk mengabaikan sentuhan tidak sengaja.

Demonstrasi yang disiarkan di Mastodon oleh Khaos Tian menunjukkan cara masalah itu boleh dicetuskan dengan sengaja, memberikan bukti lanjut bahawa ia berasaskan perisian. Isu itu nampaknya hanya berlaku apabila peranti dibuka kunci dan digunakan.

https://www.youtube.com/watch?v=iiPZVvlaMQ0

Sesetengah pengguna iPhone 16 turut melaporkan masalah tertentu di sekitar butang Camera Control baharu. Walau bagaimanapun, tidak jelas sama ada ia mempunyai kaitan secara langsung atau merupakan isu yang berasingan.

Berkaitan

  • Cara Nak Jimat Beli Barang Elektronik Di Shopee
  • iPhone 16 Dan iPhone 16 Plus Rasmi - Cip A18, Butang Action, 'Camera Control'
  • Pengguna Boleh Kekal Dengan iOS 17 Dan Terima Tampalan Keselamatan Terkini
  • Siri iPhone 16 Sokong Pengecasan Pantas Sehingga 45W
  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas

Sumber: 9to5Mac, MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY