ZenFone Max Pro M2 Rasmi Dilancarkan, Menjanjikan Peningkatan Dari Generasi Sebelumnya Dengan Harga Bermula RM859

ASUS secara telah melancarkan telefon pintar ZenFone Max Pro M2 dalam satu acara di Jakarta, Indonesia. Peranti kelas pertengahan itu meneruskan kesinambungan peranti ZenFone Max Pro M1 yang menyaksikan beberapa peningkatan dari segi spesifikasi perkakasan dan juga rekaan luaran peranti. ZenFone Max Pro M1 dikenali sebagai peranti yang memiliki kapasiti bateri yang besar dan ZenFone Max Pro M2 mengikut jejak langkah abangnya.



ZenFone Max Pro M2 akan menggunakan bateri berkapasiti yang sama dengan ZenFone Max Pro M1 iaitu 5,000 mAh namun hanya itu sahaja yang menjadi persamaan antara kedua-dua peranti tersebut. ZenFone Max Pro M2 akan dipacu dengan cip pemprosesan Snapdragon 660 dari Qualcomm. Dengan cip terbaru ini, ASUS mendakwa kemampuan peranti dari segi fotografi meningkat hasil bantuan teknologi A.I dari Qualcomm.

Peranti ini juga akan menjadi peranti pertama di dalam kelasnya menggunakan Corning Gorilla 6 yang menjanjikan ketahanan lebih 2 kali berbanding Corning Gorilla 5. ZenFone Max Pro M2 menggunakan bahan akrilik bagi menghadirkan luaran yang lebih cantik dan moden. ZenFone Max Pro M2 akan datang dengan tetapan 4/6GB memori ROM dan ruang storan sebesar 64GB.

Untuk bahagian fotografi, peranti ini akan menggunakan sensor IMX 486 (f/1.8, 1.25um, EIS) dan menyokong rakaman video 4K; sesuatu yang jarang ada untuk peranti di dalam kelasnya. ZenFone Max Pro M2 mempunyai skrin paparan bersaiz 6.3-inci dan juga nisbah skrin pada peranti sebanyak 90%.

Telefon pintar ini dilengkapi dengan 3 slot (2 Nano-SIM + microSD) yang boleh menyokong sehingga 2TB.

Pengguna boleh mendapatkan tawaran eksklusif bersempena Lazada 12.12 melalui pra-tempahan. Harga yang ditawarkan adalah RM 859.00 untuk tetapan 4GB/64GB dan RM 999.00 untuk tetapan 6GB/64GB.







Ketika hanya pra-tempahan sahaja yang diterima oleh ASUS untuk pengguna di Malaysia. Nantikan kehadiran ZenFone Max Pro M2 kelak di Malaysia.