Asus Malaysia baru sahaja selesai memperkenalkan ZenBook Pro 15 untuk siri ZenBook Pro tahun ini yang menampilkan rekaan badan unibody dengan bahan aluminium dan ketebalan senipis 18.9mm.
ZenBook Pro 15 kali ini mengetengahkan 2 skrin paparan di mana skrin kedua bertindak juga sebagai touchpad yang dipanggil ScreenPad™. Komputer riba ini dikuasakan dengan cip Intel®Core™ dalam pilihan i9-8950HK (2.9GHz) dan i7-8750H (2.2GHz).
Untuk bahagian pemprosesan grafik, ZenBook Pro 15 menggunakan kad grafik NVIDIA® GeForce® GTX 1050 dengan memori 4GB GDDR5 VRAM. Varian kad grafik NVIDIA 1050 Ti turut disediakan untuk mendapatkan kad yang lebih berkemampuan untuk kerja-kerja grafik. Untuk paparan utama, panel 15.6" LED dengan resolusi 4K UHD (3840 x 2160) dan menyokong fungsi sentuhan skrin. Skrin utama dikemaskan dengan sentuhan glossy membuatkan paparan lebih nampak 'hidup' dan ceria.
Ruang RAM untuk ZenBook Pro 15 adalah 16GB DDR4 atau 8GB DDR4 mengikut variasi dan menggunakan ruang storan PCIe® SSD berkapasiti 1TB atau 512GB. Zenbook Pro 15 turut disertakan dengan pengesan cap jari di bahagian papan kekunci yang digunakan bersama Windows Hello.
Variasi yang ditawarkan adalah seperti dalam foto dibawah. Harga berbeza mengikut spesifikasi.
Untuk pandangan penuh, nantikan ulasan kami mengenai peranti ZenBook Pro 15 ini nanti.
https://www.youtube.com/watch?v=xUYClPbddeU
Berkaitan
- Lenovo Malaysia Kenalkan ThinkPad P1 & P72 Untuk Golongan Profesional
- MacBook Pro Dilengkapi Dengan Cip Grafik AMD Radeon Vega Mulai November Ini
- HUAWEI Matebook D15 i3 Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM2,599
- ASUS TUG Gaming Sekarang Dengan Pilihan GTX 1060
- Oyen, Penyedia Insurans Kesihatan Haiwan Peliharaan Digital Pertama Di Malaysia
- Pra-Tempah Microsoft Surface Laptop 4 Untuk Pasaran Malaysia Dibuka Hari Ini
- realme Watch 2 Pro Akan Dilancar Di Malaysia 20 Mei Ini
- Promosi Hari Malaysia Bagi Rangkaian Komputer Riba TUF ASUS
- Lenovo Legion Phone Duel 2 Rasmi Di Malaysia, Bermula Pada Harga RM3,299
- Perdana Menteri Lancar Program #SayaDigital