Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Yubico Melancarkan Peranti Kunci Keselamatan Terbaru YubiKey 5Ci

Yubico Melancarkan Peranti Kunci Keselamatan Terbaru YubiKey 5Ci

Diterbitkan Ogos 21, 2019 · Dikemas kini Ogos 21, 2019 oleh ariff bukhari

Boleh digunakan pada peranti iPhone, Android, macOS dan Windows. Tapi tidak pada iPad Pro.

Yubico hari ini telah melancarkan produk kunci keselamatan terbaru mereka iaitu YubiKey 5Ci. Ia merupakan kunci keselamatan pertama yang ditawarkan untuk pengguna iPhone.

YubiKey 5Ci juga merupakan peranti kunci keselamatan pertama di dunia yang menyokong 2 sambungan berbeza iaitu Lightning dan USB-C.

Sekaligus menawarkan penyelesaian terbaik kepada pengguna yang mementingkan keselamatan data mereka di peranti iOS, Android, macOS atau Windows. Walaubagaimanapun, ia tidak menyokong tablet iPad Pro yang dilengkapi dengan sambungan USB-C.

Yubico Melancarkan Peranti Kunci Keselamatan Terbaru YubiKey 5Ci
Barisan produk YubiKey 5 Series.

YubiKey 5Ci boleh digunakan bersama aplikasi keselamatan data iOS termasuklah 1Password, Bitwarden, Dashlane, Idaptive, LastPass dan Okta. Malah turut menyokong aplikasi pelayar Brave di peranti iOS.

Peranti kunci keselamatan ini sudah pun boleh dibeli dari laman Yubico.com pada harga USD70.00. Info lanjut spesifikasi YubiKey 5Ci boleh didapati di laman muka YubiKey 5 Series.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY