Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
YouTuber Minecraft Terkenal, Dream Akhirnya Dedah Wajah Sebenar

YouTuber Minecraft Terkenal, Dream Akhirnya Dedah Wajah Sebenar

Diterbitkan Oktober 3, 2022 · Dikemas kini Oktober 3, 2022 oleh Amalina Athman

Setelah bertahun-tahun dikenali peminat dengan hanya kartun smiley, YouTuber terkenal dalam permainan Minecraft, Dream akhirnya kini mendedahkan wajah sebenarnya.

Berkaitan

  • YouTuber Minecraft Catat 2 Rekod Dunia Guinness Sekaligus

Mempunyai lebih 30 juta subscriber di YouTube, beliau sebelum ini hanya menggunakan suara dalam penstriman langsung dan adakalanya muncul di hadapan kamera dengan memakai topeng.

Namun, dengan video terbaharu yang dimuat naik di YouTube, Dream kini mendedahkan wajahnya buat kali pertama kepada umum.

Merasa janggal mendedahkan wajah buat pertama kali, Dream memperkenalkan dirinya sebagai Clay dalam video berdurasi 5 minit itu.

Selain memuat naik video di YouTube, Dream juga telah mendedahkan wajahnya kepada pencipta kandungan lain terlebih dahulu. Antaranya termasuk YouTuber teknologi terkenal Marques Brownlee atau dikenali sebagai MKBHD. Pendedahan wajah Dream itu menerima pelbagai reaksi teman rapat dan peminat.

Met @Dream today and saw his face. Nice guy 😅

(Pardon the quality. But also lowkey he's in the middle of one of the most interesting social media campaigns I've ever seen) pic.twitter.com/HZOEa9lCZ3

— Marques Brownlee (@MKBHD) October 2, 2022

 

Dalam pada itu, Dream menyatakan akan terus menghasilkan kandungan video Minecraft yang sama dan tidak merancang untuk meletakkan kamera muka (face cam). Akan tetapi, Dream memaklumkan mungkin akan mula menghasilkan kandungan berbentuk in real life atau dunia nyata bersama rakan-rakannya, yang sebelum ini tidak dapat dilakukannya.

https://twitter.com/Dream/status/1576741891592159233

Bagi yang belum tahu, Dream pernah dianugerahkan dua Rekod Dunia Guinness kerana kejayaan kandungan yang dimuat naik berkaitan permainan Minecraft.

Sumber: YouTube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY