Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Nintendo 3DS

YouTube Untuk Nintendo 3DS Akan Ditamatkan Bermula 3 September Ini

Diterbitkan Julai 31, 2019 oleh Helmi Samsuri

Selain bermain permainan, konsol Nintendo 3DS turut menyediakan sokongan aplikasi lain seperti YouTube. Ia membolehkan pengguna menonton kandungan video pada konsol terbabit. Namun begitu, kemudahan tersebut bakal berakhir tidak lama lagi.

Ini adalah berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Nintendo dimana bermula pada 3 September ini, aplikasi YouTube pada 3DS akan ditamatkan secara rasmi. Dalam pada itu, sokongan YouTube bagi Nintendo Switch dan Wii U masih diteruskan.

Sejak sekian lama terdapat ura-ura  menyatakan Switch bakal menggantikan 3DS dan ia ibarat semakin jelas selepas pengenalan Switch Lite baru-baru ini. Walaupunbegitu, Nintendo menyatakan Switch bukanlah pengganti kepada 3DS dan mereka akan meneruskan sokongan untuk konsol tersebut selagimana terdapat permintaan untuknya.

Sumber: Nintendo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY