YouTube Sedang Mengalami Masalah Akses Tontonan Video

Kemaskini: Semua perkhidmatan YouTube telah dibaikpulih dan kembali beroperasi seperti biasa.

https://twitter.com/TeamYouTube/status/1326709701526974464

Artikel asal: YouTube kini sedang mengalami masalah untuk mengakses platform itu secara global. Masalah tersebut melibatkan semua perkhidmatan platform penstriman video itu termasuk di laman web dan aplikasi.

Pihak YouTube sendiri telahpun mengesahkan mengenai perkara ini dan menyatakan pasukannya dalam usaha untuk membaikpulih masalah tersebut.

https://twitter.com/TeamYouTube/status/1326681978037444608

Menurut YouTube dalam satu kenyataan, antara perkhidmatan yang terlibat adalah YouTube TV, YouTube Music, YouTube Kids dan sebagainya.



Tinjauan kami di platform YouTube turut mendapati terdapat paparan yang muncul menunjukkan ralat untuk memainkan video.

Adakah anda juga mengalami masalah yang sama? Tinggalkan komen anda.