YouTube Merancang Untuk Menambah Ruang Iklan Dalam Servis Berbayar Mereka

YouTube sebagai salah sebuah laman sesawang dan aplikasi yang menyajikan penggunanya video-video terbaru termasuk video muzik bercadang untuk memasukkan lebih banyak lagi ruang iklan untuk servis berbayar mereka tidak lama lagi.



Perkara ini didedahkan oleh Ketua Divisyen Muzik YotuTube, Lyor Cohen dalam satu temuramah di SXSW oleh Bloomberg. YouTube sebelum ini dikatakan akan memperkenalkan servis langganan baru untuk pendengar muzik mereka yang dipanggil Remix. Servis langganan baru itu akan menggabungkan dua produk mereka, YouTube Red dan juga Google Play Music yang menawarkan servis video dan muzik di dalam satu tempat.



Langkah tersebut diambil Google bagi memaksa pengguna mereka untuk melanggan servis tersebut dan dari terus membiarkan servis mereka dipergunakan oleh pengguna yang tidak mahu membayar untuk perkhidmatan mereka.



Langkah ini seiring dengan penyedia perkhidmatan lain seperti Spotify yang sedang giat membanteras akaun pengguna yang menggunakan perkhidmatan mereka dengan percuma.

Berkaitan