Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi Mix 2 Dan Redmi Pro 2 Disahkan Akan Keluar: Butiran Terbaru Mengenai Peranti Tersebut

Xiaomi Mi Mix 2 Dan Redmi Pro 2 Disahkan Akan Keluar: Butiran Terbaru Mengenai Peranti Tersebut

Diterbitkan Jun 19, 2017 oleh Wiser MY

Untuk beberapa bulan lepas, terdapat khabar angin mengenai peranti kedua untuk versi Mi Mix.

Syarikat dari China itu telah mengesahkan mengenai khabar itu di Weibo (facebook versi China) yang mereka sedang mengusahakan Mi Mix 2 dan mungkin akan dijual pada hujung tahun ini.

Jarak masa peranti itu keluar kelihatan sesuai kerana pada tahun lepas, Mi Mix telah dilancarkan pada bulan November. Mungkin Xiaomi akan mengikut garis masa yang sama untuk versi kedua peranti tersebut.

Pada bulan Febuari lepas, CEO Xiaomi Lei Jun telah menyebut yang pereka Perancis yang terkenal, Philippe Stark akan meneruskan projek Mi Mix 2 setelah mereka versi terdahulu sebelum ini.

Xiaomi tidak berhenti setakat itu kerana mengumumkan peranti kedua yang dipanggil Redmi Pro 2 akan dikeluarkan pada bulan Julai.

Peranti Redmi Pro 2 itu dipercayai akan mengikut rekaan masa kini bezel-less yang menjadi tema utama untuk peranti telefon pintar untuk tahun 2017.

Spesifikasi yang mungkin keluar untuk peranti Mi Mix 2 adalah:

  • 4 GB/6 GB RAM (kemungkinan ada varian 8 GB)
  • Android Nougat

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY