Maruah Pemain Tercabar Bila Smartphone Meragam Semasa Gaming, Jadi Jaga Maruah Anda Dengan Honor Play

Honor Play merupakan peranti terbaru dari Honor yang memfokuskan telefon pintar yang direka untuk memberikan pengalaman yang memuaskan bagi penggemar permainan telefon pintar. Sesuai dengan tag playmorepayless, Honor Play menawarkan peranti gaming yang hebat dibantu dengan teknologi terkini tanpa harga mampu milik.

Peranti ini merupakan telefon pintar pertama yang menggunakan teknologi GPU Turbo. Honor memanfaatkan sepenuhnya teknologi GPU Turbo, teknologi terkini dari HUAWEI bagi meningkatkan lagi kemampuan dan prestasi peranti semasa bermain permainan telefon pintar.

Apa itu sebenarnya GPU Turbo? 

GPU Turbo merupakan satu teknologi integrasi di antara cip pemprosesan (CPU) bersama cip grafik (GPU) dimana sistem perisian dan perkakasan bekerjasama dalam menghasilkan prestasi luar biasa dalam menangani sesi permainan intensif di telefon pintar pengguna.



Melalui penggunaan teknologi GPU Turbo, pengguna Honor Play dapat merasai peningkatan prestasi pemprosesan grafik sehingga 60%, sekaligus membolehkan pengguna bermain permainan dengan tetapan maksimum tanpa sebarang gangguan teknikal dari segi lag, kadar frame rate yang konsisten serta pengurangan penggunaan bateri sebanyak 30%.



Honor Play dikuasakan dengan cip flagship terbaru, Kirin 970 yang mempunyai ciri-ciri A.I di dalamnya. Dengan ciri terbaru, bersama sistem operasi EMUI 8.2 menghasilkan kuasa pemprosesan yang hebat di samping itu mengurangkan sebarang gangguan disebabkan proses rendering dan lagging. 

Ciri A.I juga membantu memastikan prestasi Honor Play sentiasa dalam keadaan optima dan akan bertukar secara automatik kepada mod prestasi tinggi apabila diperlukan. Peranti ini menjanjikan kecekapan 100% pembukaan aplikasi hasil teknologi A.I di dalamnya. Selain itu, pengguna boleh terus menggunakan teknologi A.I untuk kegunaan biasa yang lain seperti fotografi, mesej dan juga aplikasi-aplikasi lain.

Ujian Permainan PUBG Mobile & Mobile Legends: Bang Bang 

 Untuk sesi gaming, fungsi A.I Honor Play mempunyai kelebihan berbanding peranti lain. Ini kerana Honor menjanjikan pengalaman bermain 4D yang dipanggil 4D Gaming Experience with Smart Shock. Sesi bermain selepas ini akan memberikan pengalaman seolah-olah bermain menggunakan konsol permainan video.



Tidak cukup dengan itu, peranti Honor Play turut dilengkapi dengan kesan suara permainan A.I 3D bagi memberikan anda kelebihan semasa bermain. Sebagai contoh, dalam PUBG Mobile, tapak kaki musuh dengan jelas lebih didengari secara langsung memberikan kelebihan kepada pengguna dalam mengesan arah musuh datang.



 

Tidak dilupakan, semua efek bunyi A.I 3D ini juga disokong dengan menggunakan fon telinga dan juga fon kepala.



Honor Play dilengkapi dengan skrin paparan 6.3-inci dengan teknologi Honor FullView Display. Nisbah skrin ke badan sehingga 89% memberikan pengguna lebih paparan skrin dan memberikan lebih kebebasan kepada pengguna dalam menggunakan Honor Play. Dengan sokongan fungsi split screen daripada sistem operasi EMUI 8.2, pengguna dapat memanfaatkan skrin yang besar dan menigkatkan produktiviti mereka.

Honor Play menawarkan ruang storan 64GB dan boleh dibesarkan sehingga 256GB melalui ruang storan tambahan.

Game Suites 

Game Suites merupakan aplikasi di dalam Honor Play yang menyenaraikan semua permainan di dalam satu. Melalui aplikasi ini pengguna boleh meletakkan seberapa banyak permainan dan menukar tetapan prestasi telefon pintar ke tahap (suggest including: yang lebih) tinggi.

Game Suites juga memastikan tiada sebarang gangguan berupa panggilan telefon, mesej Whatsapp dan juga notifikasi aplikasi lain semasa di dalam sesi permainan anda. Ia juga berupaya menutup fungsi butang maya bagi mengelakkan diaktifkan secara tidak sengaja semasa permainan.

Fungsi rakaman skrin juga disokong menerusi Game Suites bagi merakam detik-detik penting di dalam permainan tanpa perlu menghentikan aplikasi.

Secara keseluruhan, peranti Honor Play direka dengan mementingkan peningkatan permintaan peminat permainan-permainan telefon pintar yang mahukan peranti yang mampu memberikan kepuasan bermain permainan kegemaran bersama rakan-rakan.

Ohh, kami belum menyertakan harga untuk peranti ini lagi. Untuk kesemua fungsi dan ciri yang ditawarkan oleh Honor Play ini, harga jualan peranti Honor Play bermula pada harga RM 1,249. Bagi kami ia merupakan sesuatu yang dasyat yang ditawarkan oleh Honor Malaysia untuk peminat mereka. Jadi pengguna boleh playmorepayless bersama Honor Play.

Jangan lepaskan peluang untuk memiliki tawaran dasyat dari Honor Malaysia ini melalui hihonor Malaysia:

https://shopee.com.my/-PRE-ORDER-Honor-Play-(4GB-64GB)-i.57745492.1381466455?utm_source=Honor%20Facebook&utm_medium=Socialposting&utm_campaign=Play%20pre-order&utm_content=Honor%20play