Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Memperkenalkan #myAndroid Taste Test Untuk Pengguna Menghasilkan Skrin Utama Tersendiri

Google Memperkenalkan #myAndroid Taste Test Untuk Pengguna Menghasilkan Skrin Utama Tersendiri

Diterbitkan Mac 13, 2017 ยท Dikemas kini Mac 13, 2017 oleh Wiser MY

Perisian telefon pintar Android membenarkan sebarang pengubahsuaian terhadap antara muka telefon pintar masing-masing. Perkara ini memberikan kelebihan kepada penggunanya berbanding pengguna perisian lain.

Ciri-ciri ini kadangkala menimbulkan masalah kepada penggunanya kerana ada pengguna yang tidak boleh membuat keputusan bagi memilih rupa yang menjadi pilihan mereka. Bagi menyelesaikan masalah ini, pihak google telah memperkenalkan #myAndroid Taste Test bagi mempermudahkan penggunanya dalam masalah ini.

#myAndroid Taste Test ialah satu alat atas talian untuk pengguna menghasilkan skrin utama yang sempurna utk peranti Android mereka. Alat ini direka untuk kebanyakkan pengguna yang sudah biasa dengan fungsi skrin utama Android. Pengguna yang mengambil ujian ini akan ditanya dengan beberapa soalan bagi menentukan fungsi skrin utama yang sesuai dengan mereka.

Setelah habis soalan yang dijawab, pengguna akan ditawarkan dengan tiga pilihan dengan setiap pilihan mengandungi ‘wallpaper‘, ‘icon pack‘, ‘launcher‘ dan ‘widgets‘. Pengguna seterusnya boleh memuat turun pilihan mereka untuk diaplikasikan di dalam peranti masing-masing.

Anda boleh mengambil ujian tersebut di sini.

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
  • Barclays Rancang Kurangkan 5,000 Pekerja Susulan Penggunaan AI
  • Majikan Semakin Sukar Cari Pekerja Berkemahiran Teknikal Dan Praktikal - WEF
  • Arc Browser Akhirnya Ucap Selamat Tinggal, Pengguna Digesa Beralih Ke Dia
©2026 WISER.MY