Cara Muat Turun Dan Pasang GCAM Pada Redmi Note 9 Pro

Siri Redmi Note 9 di Malaysia telah dibawa secara berperingkat, dimulakan terlebih dahulu dengan Redmi Note 9s pada penghujung Mac. Selepas itu tampil pula adik-beradik yang lain seperti Redmi Note 9 dan Redmi Note 9 Pro.

Tumpuan kini pastinya terarah kepada Redmi Note 9 Pro sebagai penawaran paling tinggi untuk keluarga baru Xiaomi. Seperti keluaran yang sebelumnya, Xiaomi masih mengekalkan DNA mereka iaitu spesifikasi baik pada tanda harga yang berpatutan.



Kelengkapan serta aplikasi kamera pada peranti ini sudah sedia baik, namun pasti ada daripada pengguna yang mahukan lebih ciri untuk sesi fotografi. Jika anda salah seorang pemilik atau mungkin juga bakal pembeli Redmi Note 9 Pro, ini merupakan cara untuk memasang aplikasi GCAM pada peranti tersebut.



Pertama kali muat turun aplikasi GCAM Mod (MGC_7.3.020_Parrot043_V7) ke dalam telefon pintar anda dan klik pada APK tersebut. Ketika proses pemasangan, peranti anda meminta kebenaran Allow apps to be installed from unknown sources. Tekan pada tetapan dan aktifkan Allow from this source.

Apabila proses pemasangan selesai, anda perlulah memberi kebenaran kepada aplikasi untuk mengakses fungsi-fungsi kamera sebelum boleh menggunakannya. Siap semua yang diterangkan diatas, anda sudah boleh terus merakam foto melalui GCAM pada Redmi Note 9 Pro.



Seperti yang anda boleh lihat, melalui GCAM hasil gambar pada waktu malam lebih terang dan kurang hingar.

Menariknya lagi, ia turut hadir dengan ciri Astrophotography yang boleh diakses ketika mod Night Sight. Anda boleh pilih sama ada untuk mengaktifkannya secara automatik atau manual pada tetapan seperti dibawah.



Pada mod ini, anda disarankan untuk menggunakan tripod untuk hasil yang lebih baik. Aplikasi kamera akan mengambil sedikit masa untuk memproses imej yang sedang dirakam.



Tidak mahu lengah masa, anda boleh lihat beberapa sampel yang sempat kami rakam. Foto di sebelah kiri merupakan hasil dari kamera Redmi Note 9 Pro sementara disebelah kanan adalah foto dari GCAM.











Secara keseluruhan, melalui penambahan GCAM anda akan lihat peningkatan hasil seperti lebih perincian dan penghasilan warna yang hampir kepada objek sebenar. Ini bukan bermakna aplikasi kamera sedia ada tidak bagus, tetapi dengan adanya GCAM ia boleh membantu anda mendapatkan hasil terbaik untuk situasi yang berlainan.