Youtube Melarang Video Berkenaan Pengubahsuaian Senjata Api

Ada sesetengah video yang dibolehkan masuk di platform Youtube dan ada sesetengah lagi tidak dibenarkan. Jika sebelum ini, pengguna boleh melayari laman sesawang tersebut untuk menonton video berkenaan pengubahsuaian senjata api. Namun selepas kejadian tembak menembak di Las Vegas tempoh hari,  pihak Youtube telah mengkaji semula polisi mereka berkenaan perkara tersebut.

Pihak Youtube telah membuang kandungan mengenai pengubahsuaian senjata api dan menghalang video bertemakan pengubahsuaian senjata api dari dimuat naik ke platform itu.

Perkara tersebut mungkin tidak disenangi oleh penyokong pengguna senjata api di Amerika Syarikat namun itu polisi Youtube yang terbaru.

 

Berkaitan