Boleh Tambah RAM Sampai 16GB Dan Cas Sepantas 44W Tapi Telefon Ini Dijual Pada Harga Bajet

Kalau anda sedang mencari sebuah telefon dengan harga RM1099, baru saja dilancarkan di Malaysia kurang sebulan, RAM 8GB+8GB, storan besar, disiapkan dengan pengecas berkelajuan 44W, tak syak lagi vivo Y35 memenuhi semua kriteria penuh yakin dan tersenyum seperti dutanya.

Ceritanya begini, tuan puan. vivo Y35 baru saja dilancarkan minggu lalu dan pada acara sama juga, Iman Troye dirasmikan sebagai duta untuk siri Y. Dengan tema ‘Unleash Double Fun’, ini keseronokan berganda yang mungkin menarik minat anda.


Storan berganda dengan kapasiti 256GB


Orang tamak selalu rugi. Tapi kalau bab storan di telefon, lagi banyak lagi bagus. Tidak dinafikan, 256GB bagi kebanyakan pengguna memang sudah mencukupi.

Tapi dengan 3 slot (2 kad sim, 1 kad memori), anda boleh masukkan kad memori dengan saiz maksimum 1TB.

Sudahlah 256GB cukup besar, boleh tambah lagi kad memori sebesar 1TB. Ini pastinya memudahkan urusan pemindahan data contohnya dari telefon ke komputer.

Kalau tak nak guna kad memori pun, dengan kapasiti ‘double’ sebanyak 256GB takkanlah tak cukup lagi, kan?


Kelancaran berganda dengan RAM 8GB+8GB


Biar betul? Ya, ia sudah dibiarkan betul. RAM secara fizikal pada telefon ini pun sudah cukup besar iaitu 8GB. Tapi, dah kalau manusia, diberi segunung emas pun diminta lagi segunung lagi. Semuanya nak ‘double, kan?

Maka, vivo lengkapkan telefon ini sebuah ciri dinamakan RAM Expansion 3.0. Dengan ciri ini, 8GB daripada storan sebesar 256GB akan akan dikhususkan dan dijadikan RAM secara maya untuk membantu pengurusan RAM yang lebih cekap.



Kalau anda perasan, dalam lingkungan harga RM1099, sukar untuk dapati sesebuah telefon hadir dengan ciri RAM tambahan maya setinggi 8GB. Biasanya, ia hanya tersedia maksimum 4GB.

Jadi, dengan 8GB RAM fizikal dicampur dengan 8GB RAM secara maya, telefon ini sekarang ada RAM sebesar 16GB. Bayangkan dengan storan RAM sebesar ini, berpindah-randah daripada satu aplikasi ke aplikasi lancar tak jadi masalah. Barulah ‘double smooth’.


Kelajuan pengecasan berganda dengan FlashCharge 44W


Kalau anda peka dengan trend terkini dalam telefon pintar, mesti anda sedar ada jenama yang sudah tak bagi pengecas dalam kotak.

Tapi vivo Y35 ini bukan saja dapat charger sekali, tapi juga yang sokong pengecasan pantas 44W melalui teknologi FlashCharge.

Bateri dalam telefon ini sebesar 5000mAh, cukup untuk penggunaan biasa sehari semalam. Sehari suntuk tak cas, apa ada hal?



Kalau cas dengan pengecas diberi pula, sekejap saja dah hampir penuh. Dalam masa 34 minit, vivo dapati telefon ini dapat dicas sebanyak 70%.

Kombinasi double iaitu bateri besar dan pengecas pantas berkelajuan 44W ini memang tak dapat dinafikan memudahkan urusan harian.

Dengan kadar 44W yang berganda lebih laju, ditambah kapasiti bateri pun berganda besar, nampaknya vivo Y35 ini bersungguh-sungguh dalam menepati slogannya, ‘Unleash Double Fun’.

Selain itu, apa lagi yang menarik?


Oh tak lupa juga, vivo Y35 dijana cip Snapdragon 680, skrin berkadar segar 90Hz, ada butang kuasa di tepi yang juga berfungsi sebagai pengimbas cap jari dan mempunyai perlindungan terhadap air dan debu IP5X dan IPX4.



vivo Y35 ini dijual pada harga rasmi RM1,099 bersama dua pilihan warna iaitu Agate Black dan Dawn Gold, selari dengan temanya ‘Unleash Double Fun’.

Jika hati sudah terpaut atau mahu tonton dari jauh, jangan malu-malu untuk tunaikannya melalui Shopee dengan klik di SINI atau Lazada di SINI.

**Advertorial ini dibawakan oleh vivo Malaysia