Ciri baharu ini memerlukan sokongan daripada pembangun aplikasi. Bagi aplikasi YouTube, tiada sokongan dari platform itu untuk menggunakan mod Picture in Picture pada iOS 14.
Sebagai alternatif, pengguna boleh menonton YouTube versi web dengan menggunakan mod PiP jika ditonton melalui mana-mana pelayar.
Terbaru, YouTube dikatakan telah menyekat akses mod PiP melalui pelayar. Ini bermakna, pengguna tidak lagi dapat menggunakan pelayar sebagai alternatif untuk mengaktifkan mod PiP pada iPhone.
Seperti dalam video yang disertakan, tontonan video akan berbalik kepada YouTube web atau menghilang apabila mod ini diaktifkan.
Dalam pada itu, tiada pengesahan jika perubahan ini dibuat oleh pihak Google atau sebaliknya. Namun, mod ini masih boleh digunakan jika video YouTube tersebut dimasukkan ke mana-mana web dan dimainkan melaluinya.
Sebagai alternatif lain, pengguna juga masih boleh menggunakan mod ini apabila membuka YouTube di pelayar dan pilih "Request Desktop Website".
Bagi pengguna dengan langganan YouTube Premium, mod Picture in Picture pada YouTube versi web mudah alih di pelayar masih boleh digunakan. Ini mungkin bermakna, ianya bukanlah sebahagian daripada pepijat.
Sumber: MacRumors
Berkaitan
- Sebahagian Besar Aplikasi Google Di App Store Masih Belum Disertakan Label Privasi
- Redmi Note 10s Dan Redmi Note 10 5G Turut Diumumkan
- realme 6 Pro Adalah Peranti Paling Popular Di Google Pada 2020
- KKD Umum Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih
- Carl Pei Umum Syarikat Baharu, Dinamakan Sebagai Nothing
- ASUS Umum Desktop Gaming ROG Strix GA15 Dan GT15 Mampu Milik
- Kotak Bungkusan Redmi Note 10 Dedahkan Spesifikasi Utama
- Pengeluaran iPhone 11 Pro, Pro Max Dan XR Dijangka Akan Dihentikan Selepas Pelancaran iPhone 12
- Ura-Ura: iPhone 17 Akan Dilengkapi Panel Anti-Pantulan Lebih Tahan Calar
- Google Daftar Generasi Baru Pixel Buds Pada Bluetooth SIG