Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Youtube Gaming

YouTube Gaming Kini Mempunyai 40 Juta Saluran Aktif Dengan Lebih 100 Bilion Jam Tontonan Pada 2020

Diterbitkan Disember 9, 2020 · Dikemas kini Disember 10, 2020 oleh Amalina Athman

Ketika pandemik Covid-19, tidak mengejutkan apabila ramai pengguna beralih untuk menonton lebih banyak video hiburan. Terbaru, YouTube Gaming mengumumkan mereka kini mempunyai 40 juta saluran gaming aktif di YouTube.

Daripada saluran aktif tersebut, sekitar 80,000 pengkarya telah mencapai 100,000 langganan pada tahun ini. Lebih 1000 saluran mempunyai 5 juta langganan, manakala 350 pengkarya telah menerima langganan sebanyak 10 juta.

Semua saluran ini menyumbang kepada 100 bilion jam tontonan kandungan berkaitan permainan di YouTube pada tahun 2020. Jumlah ini termasuk acara digital, penstriman langsung dan kandungan Video on Demand (VOD).

Penstriman langsung permainan video pada tahun ini juga telah meningkat kepada 10 bilion jam.

YouTube Gaming Kini Mempunyai 40 Juta Saluran Aktif Dengan Lebih 100 Bilion Jam Tontonan Pada 2020

Dalam pada itu, YouTube turut menyenaraikan beberapa kategori saluran terbaik. Antaranya adalah:

Keseluruhan Tontonan Permainan Terbaik (Global)  2020:
  • Minecraft: 201B tontonan
  • Roblox: 75B tontonan
  • Garena Free Fire: 72B tontonan
  • Grand Theft Auto V: 70B tontonan
  • Fortnite: 67B tontonan
5 Penstriman Langsung Permainan Terbaik 2020:
  • Minecraft
  • Garena Free Fire
  • Fortnite
  • Grand Theft Auto V
  • PUBG Mobile
Pengkarya Terbaik (Tontonan Permainan) 2020:
  • FGTeeV (A.S)
  • Jelly (Netherlands)
  • Flamingo (A.S)
  • Robin Hood Gamer (Brazil)
  • ItsFunnneh (Kanada)
  • LazarBeam (Australia)
  • Slogo (UK)
  • Mikecrack (Sepanyol)
  • Arab Games Network (BH)
  • Vegetta777 (Sepanyol)
“Breakout Creators” pada tahun 2020:
  • Valkyrae
  • Corpse Gaming
  • Dream
  • GeorgeNotFound
  • EddieVR
  • Tiko
  • iBerleezy
  • KreekCraft
  • Gattu
  • NotYourAverageFlight
Penstriman Langsung Terbaik (Melalui Tontonan) 2020:
  • NOBRU (Brazil)
  • MortaL (India)
  • Dynamo Gaming (India)
  • Sc0ut (India)
  • VEGETTA777 (Sepanyol)
  • TheDonato (Venezuela)
  • Total Gaming (India)
  • Gyan Gaming (India)
  • LazarBeam (Australia)
  • SOUL Regaltos (India)
  • MrStiven Tc (Colombia)

Sumber: YouTube

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY