Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kemaskini Terbaru Aplikasi YouTube Dilengkapi Dengan Mod Incognito

YouTube Bolehkan Pengguna Menyemak Tempoh Penggunaan Aplikasi Mudah Alihnya

Diterbitkan Ogos 28, 2018 oleh Haikel Areff

Android 9 Pie hadir dengan fungsi “digital wellbeing” di mana pengguna boleh menyemak tempoh penggunaan harian pada aplikasi-aplikasi yang dipasang pada peranti-peranti mereka. Terbaru, Google telah membawa fungsi ini secara terus kepada aplikasi mudah alih dibawah syarikat mereka iaitu YouTube bagi Android dan iOS.

Ia sekaligus membolehkan pengguna peranti iOS dan peranti yang tidak menyokong kemaskini Android Pie menikmati fungsi ini. Menurut Google, fungsi ini bertujuan untuk memudahkan pengguna untuk melihat semula berapa banyak masa yang mereka telah bazirkan dengan melayari YouTube.

YouTube Bolehkan Pengguna Menyemak Tempoh Penggunaan Aplikasi Mudah Alihnya

Melalui pembaharuan ini, satu bahagian baru akan tersedia di menu Akaun anda pada aplikasi tersebut. Bahagian itu dinamakan sebagai ‘Time watched’ yang akan memaparkan maklumat seperti penggunaan pada hari berkenaan, hari sebelumnya, sepanjang seminggu sebelumnya serta purata penggunaan harian.

YouTube Bolehkan Pengguna Menyemak Tempoh Penggunaan Aplikasi Mudah Alihnya

Malah, sekiranya diaktifkan, anda juga boleh menetapkan aplikasi YouTube di peranti anda untuk mengingatkan anda supaya berehat daripada menonton video buat sementara waktu. YouTube juga membenarkan anda untuk menetapkan tempoh masa tontonan yang dibenarkan sebelum peringatan untuk berehat akan terpampar di paparan skrin anda.

YouTube Bolehkan Pengguna Menyemak Tempoh Penggunaan Aplikasi Mudah Alihnya

Untuk menggunakan fungsi terbaru ini, anda perlu pastikan aplikasi YouTube mudah alih anda telah dikemaskini kepada versi terbaru. Untuk melakukannya, anda boleh ke laman Google Play StoreĀ  atau Apple App Store melalui peranti milik anda.

 

Sumber

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY