Your Phone – Fungsi Baru Windows 10, Mudahkan Anda Akses Aplikasi Telefon Dari Komputer

Reading Time: 1 minute

Bersama-sama menemani pengenalan kepada barisan produk Surface, Microsoft turut mengumumkan satu fungsi baru pada Windows 10 dikenali sebagai Your Phone.

Ujian terhadap ciri telahpun dijalankan sejak awal Ogos yang lalu.

Melalui ciri ini, ia bakal memudahkan pengguna Android untuk membuat cerminan aplikasi dari telefon pintar terus ke komputer.

Sebagai permulaan, ia akan menyokong cerminan bagi aplikasi pemesejan dan foto dari Android asli.

Your Phone boleh dinikmati pengguna menerusi kemaskini Windows 10 October 2018.