Beberapa hari lalu, Microsoft telah melepaskan kemaskini tampalan untuk membaiki kelemahan yang dikatakan mampu disebarkan penggodam tanpa perlu sebarang tindakan daripada pengguna, mirip seperti WannaCry.
Menerusi pemberitahuan daripada Microsoft, penggodam mampu memasang program seterusnya melihat, mengubah atau memadam data atau mencipta akaun baru dengan akses penuh.
Versi Windows yang terlibat adalah Windows 7 SP1, Windows Server 2008 R2 SP1, Windows Server 2012, Windows 8.1, Windows Server 2012 R2, dan semua versi Windows 10.
Sementara itu, Microsoft menyatakan Windows XP, Windows Server 2003, dan Windows Server 2008 tidak terkesan dengan isu kelemahan ini.
Sekiranya anda menggunakan salah satu versi yang disebutkan diatas, bolehlah menyemak serta mengemaskini komputer anda dengan pergi ke butang Start > Options > Update & Security > Windows Update dan klik butang Check for Updates.
Sumber: Microsoft, Pc World
Berkaitan
- Tonton Perlawanan EPL Pada Harga Bermula RM7.90 Di Sooka
- 10 Cip Pemprosesan Telefon Pintar Paling Popular Sepanjang 2017
- 10 Akaun Instagram Dengan Pengikut Paling Ramai Setakat Januari 2019
- Redmi K30 Ultra Dilancarkan - Dijana MediaTek Dimensity 1000+ Dan Paparan 120Hz
- Antutu Keluarkan Senarai 10 Peranti Dengan Prestasi Terbaik Sepanjang April
- Google Chrome 74 Beta Tampilkan Mod Gelap Untuk Komputer Windows
- Xiaomi Mi 9T Pro Kini Rasmi Di Malaysia, Harga Jualan RM1599 Dan RM1799
- 10 Fungsi Yang Dijangka Hadir Pada Android P
- Samsung Galaxy S10+ Sudah Mendapat Pengesahan SIRIM
- PlayStation 4 Sudah Terjual 110 Juta Unit Sejak Dilancarkan