"Jika Anda Pentingkan Gambar Yang Berkualiti, Itu Bermaksud Anda Memiliki iPhone" - Bekas Naib Presiden Google

"Saya Takkan Guna Telefon Android Untuk Ambil Gambar!"

Itu antara kata-kata dari bekas Naib Presiden Google, Vic Gundotra dalam ruangan komen di Facebook. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa era DSLR semakin ke penghujung sambil berkongsi foto keluarganya yang diambil menggunakan iPhone 7.
"Pengakhiran DSLR untuk semua orang semakin tiba. Saya tinggalkan kamera profesional saya di rumah dan ambil gambar makan malam ini menggunakan mod potret dari iPhone 7. Hasil yang menakjubkan. Syabas Apple."




Gundotra turut menyatakan bahawa Google sejak kebelakangan ini  "semakin ketinggalan" dari segi perkembangan perisian fotografi komputasi(mod potret). Menurutnya lagi, dalam persaingan ini, Apple jauh kehadapan mendahului pasaran sistem kamera telefon pintar kerana mereka "tidak mempunyai sebarang halangan".

Pada komen yang lain, Gundotra menjelaskan mengapa beliau membuat pengakuan seperti diatas, hal ini kerana beliau menyalahkan Android menjadi sistem operasi sumber terbuka. Terlalu banyak aplikasi yang ditawarkan mempunyai fungsi yang sama. Seperti contoh telefon Samsung, Samsung Camera atau Android Camera? Samsung Gallery atau Google Photos?

Apabila Samsung berinovasi untuk kamera yang lebih baik, mereka perlu meyakinkan pihak Google supaya inovasi aplikasi mereka itu muncul ke aplikasi yang lain dan ini mengambil masa yang lama.

Sumber: Facebook Vic Gundotra