Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
yes 5g (2)

Yes Buka ‘Experience Store’ Di Bukit Bintang, Lengkap Dengan Restoran Dan Kafe 5G

Diterbitkan Oktober 14, 2022 oleh Aminuddin Ahmad

Yes merasmikan pembukaan kedai baharu iaitu Yes Experience Store yang bukan saja pusat jualan semata-mata tetapi juga mempunyai kafe dan restoran.

Menariknya, restoran dan kafe ini turut disambungkan dengan rangkaian 5G. Kata Yes, gabungan Yes Experience Store dan kafe ini mewujudkan ruang modular untuk acara-acara korporat dan persendirian.

yes 5g (1)

Dalam pada itu, Yes Experience Store juga membolehkan para pelanggan mendapatkan pengalaman secara terus dengan teknologi 5G, daripada peranti-peranti terkini 5G, robot yang dikuasakan 5G sehingga pengalaman VR dengan Kacamata HTC Viveflow VR.

yes cafe

Berkaitan

  • Selepas 5G, YES Kini Tawar Pelan Tanpa FUP Bermula RM58 Sebulan
  • Yes: CEO Jawab Kenapa iPhone Belum Sokong Rangkaian 5G Mereka
  • Bukan Telefon Pintar Sahaja, Peralatan Komunikasi & Wayarles Juga Wajib Ada Label MCMC
  • Rahsia Gambar 'Selfie' Cantik Akhirnya Terbongkar
  • Jom Serbu, iTworld Sedang Adakan Tawaran Tak Masuk Akal Untuk Siri iPhone 14
  • Opensignal: U Mobile Juara Muat Naik, Digi Nombor 1 Untuk Muat Turun
  • Maxis Jaguh Untuk 'Gaming', Kongsi Kedudukan Pertama Dengan Digi Untuk Video - Opensignal
  • 12 Jenama Telefon Pintar Ini Sudah Tersedia Menyokong 5G Malaysia, Kecuali iPhone

Hujung minggu ini iatu 14-16 Oktober, pelbagai aktiviti promosi diadakan di kedai bertempat di Lot 10, Bukit Bintang ini.

Untuk anda yang mempunyai peranti 5G, berada di kawasan liputan dan mahu mencuba rangkaian 5G, Yes kini mempunyai baucar khas di Shopee untuk anda beli kad sim pascabayar Infinite Discover dan gunakan pelan 5G tersebut secara percuma untuk sebulan.

yes shopee

Pelan tersebut berharga RM58 sebulan namun Yes sediakan baucar RM58 untuk pastikan anda dapatkan sim tersebut secara percuma dan gunakannya tanpa bayaran untuk bulan pertama.

Klik SINI untuk ke laman Yes di Shopee.

Sumber: Siaran Akhbar Yes

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
©2026 WISER.MY