Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Yahoo Groups

Yahoo Groups Akan Ditamatkan Pada 15 Disember Ini

Diterbitkan Oktober 15, 2020 ยท Dikemas kini Oktober 15, 2020 oleh Amalina Athman

Pihak Yahoo kini telah mengumumkan Yahoo Groups, iaitu salah satu segmen milik laman web syarikat itu akan ditutup pada 15 Disember 2020.

Yahoo groups tutup

Menurut Yahoo, keputusan ini diambil berikutan mengalami pengurangan penggunaan yang berterusan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Tambahnya, keputusan ini mengambil kira mengenai produk yang tidak lagi sesuai dengan strategi jangka masa panjang mereka serta fokus Yahoo Groups kini tertumpu kepada bidang perniagaan yang lain.

Dengan pengumuman ini, kumpulan baharu tidak boleh dicipta sejak 12 Oktober yang lalu. Sementara itu, bermula 15 Disember 2020, pengguna tidak lagi dibenarkan menghantar dan menerima e-mel dari Yahoo Groups. Malah, laman web Yahoo Groups juga tidak lagi dapat diakses.

Sebagai alternatif untuk kekal berhubung secara berkumpulan, Yahoo mencadangkan pengguna sedia ada untuk beralih kepada laman web seperti Nextdoor, Facebook Groups, Google Groups atau Groups.io.

Bagaimanapun, penutupan ini hanya melibatkan Yahoo Groups melalui laman groups.yahoo.com dan tidak melibatkan akaun Yahoo Mail. Ini bermakna, Yahoo Mail masih berfungsi seperti biasa.

Sumber: Yahoo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY