Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Screenshot 2019-01-30 at 3.59.20 PM

XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus Dilancarkan, Medan Pertarungan Pasukan IPT Bagi Merebut RM180,000

Diterbitkan Januari 30, 2019 · Dikemas kini Januari 30, 2019 oleh Helmi Samsuri

Bakal menghadirkan pasukan-pasukan e-sukan institusi pengajian tinggi dari seluruh negara, XPAX Kejohanan E-Sukan Kampus telah dilancarkan semalam.

Kejohanan E-Sukan Kampus atau singkatannya KEK ini menampilkan tiga permainan popular tanah air iaitu Mobile Legends, Dota 2 dan Pro Evolution Soccer 2019 bagi merebut hadiah terkumpul bernilai RM180,000.

Dinyatakan juga, IPT dengan bilangan pasukan yang mencatat rekod kemenangan tertinggi akan berpeluang menerima biasiswa RM50,000 dari Celcom XPAX.

Ia dipertandingkan bagi universiti di lima zon berasingan iaitu Selatan (Johor, Melaka, Negeri Sembilan), Tengah (Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya), Utara ( Perak, Pulau Pinang, Perlis, Kedah), Pantai Timur (Kelantan, Terengganu, Pahang) dan Borneo (Sabah, Sarawak).

Peringkat kelayakan akan diadakan bermula dipenghujung Februari, dan acara akhir peringkat zon sekitar Mac. Juara bagi setiap zon akan berentap di pentas akhir pada penghujung bulan April di Kuala Lumpur, pada lokasi yang akan diumumkan kemudian.

KEK merupakan kejohanan e-sukan pertama dalam Malaysia, ia akan dianjurkan oleh MyGameOn bersama Kitamen.

Pendaftaran akan dibuka pada awal Februari dan cara-cara mendaftar akan diumumkan kelak. Untuk maklumat lanjut boleh layari MyGameOn

Sumber: MyGameOn

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY