Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi YU7 GT Jadi EV Tanpa Pemandu Pertama Di Dunia Cipta Rekod Nürburgring

Xiaomi YU7 GT Jadi EV Tanpa Pemandu Pertama Di Dunia Cipta Rekod Nürburgring

Diterbitkan Jun 22, 2026 · Dikemas kini Jun 22, 2026 oleh ariff bukhari

Xiaomi mencatat sejarah apabila model YU7 GT berjaya melengkapkan pusingan di litar Nürburgring secara autonomi dalam masa 10 minit 29.483 saat.

Kejayaan ini menjadikan YU7 GT produksi EV pertama di dunia yang menamatkan pusingan tanpa pemandu di litar paling mencabar tersebut.

Walaupun catatan masa EV ini lebih perlahan berbanding ketika ia dipandu manusia (7:34.931), pencapaian ini membuktikan kestabilan dan keselamatan algoritma pemanduan autonomi.

Xiaomi YU7 GT Jadi EV Tanpa Pemandu Pertama Di Dunia Cipta Rekod Nürburgring
Ketika dipandu manusia, YU7 GT mencatatkan masa pusingan Nürburgring sepantas 7:34.931.

YU7 GT dibina atas platform voltan tinggi 897V dengan bateri 101.7 kWh, berkeupayaan menghasilkan kuasa setinggi 738 kW (1,003 hp).

Ia mampu memecut dari 0 ke 100 km/j hanya dalam 2.92 saat dan mencapai kelajuan maksimum 300 km/j.

Dengan julat sehingga 705 km, ia turut menyokong teknologi pengecasan pantas yang mampu menambah sehingga 570 km selepas dicas dalam masa 15 minit.

Model EV Xiaomi YU7 GT ini bermula pada harga 389,900 yuan (~ RM238,891.00), dengan jualan Mei 2026 sudah mencatatkan sebanyak 8,736 unit.

Berkaitan

  • EV Xiaomi SU7 Ultra Pecah Catatan Masa Litar Lumba Nürburgring

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY