Model yang baru dilancarkan di Malaysia ini boleh dibeli secara atas talian di Mi Store yang terdapat pada laman beli belah atas talian, Lazada. Mula dikeluarkan pada November 2016 yang lepas, Redmin 4A hadir dengan skrin paparan HD 5 inci dan beroperasi menggunakan platform Android Marshmallow 6.0.1. Selain itu ia diperkasa dengan cip Snapdragon 425 4-teras.
Xiaomi Redmi 4A juga didatangkan dengan memori dalaman 16GB dan RAM 2GB. Untuk slot memori tambahan pula ia memberi sokongan kad mikroSD sehingga 128GB. Bahagian kamera terdiri daripada 13 megapiksel untuk kamera utama dan 5 megapiksel untuk kamera swafoto. Dikuasakan oleh bateri 3120mAh dengan standby time sehingga 7 hari, Redmi 4A akan dijual pada harga RM449 dengan waranti dari Mi Malaysia selama 1 tahun.
Untuk lebih berita tentang keluaran ini, anda boleh lawati Facebook Mi Malaysia.
Sumber: Facebook Mi Malaysia
Berkaitan
- Video Pocophone F1 Dibedah, Memperlihatkan Sistem Penyejukan "LiquidCool"
- Xiaomi Black Shark 2 Mungkin Dilancarkan Mac Atau April Ini
- SmartTAG Tidak Lagi Dijual, Akan Digantikan Dengan Teknologi RFID
- Redmi 8 Dikatakan Sudah Tersenarai Pada Laman Sesawang Badan Piawaian China
- Samsung Patenkan Rekaan Telefon Lutsinar
- Play Music Dan Youtube Red Mungkin Digabungkan Menjadi Satu Perkhidmatan
- Snapdragon 865 Plus Kini Rasmi Diperkenalkan
- Antutu Senaraikan 10 Telefon Pintar Dengan Prestasi Terbaik Bagi Januari 2019
- Jawi Cadang Untuk Tempatkan 85 Mesin ATM Beras Di Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan
- TM Bakal Tamatkan Rangkaian P1 WiMAX, Mahu Fokus Kepada Unifi Mobile