Kini menyusul, imej yang memperlihatkan ujian Geekbench dilakukan keatas sebuah peranti yang dinamakan sebagai POCO X2. Dibahagian informasi sistem, peranti tersebut menyenaraikan Android 10, memori RAM 8GB serta pemproses 1.8GHz.

Namun jika dibandingkan dengan ujian Geekbench Redmi K30, skor bagi Single Core dan Multi Core antara dua peranti ini kelihatan hampir sama.

Ini memungkinkan penggunaan cip sama seperti Redmi K30 iaitu Snapdragon 730G.
Menariknya lagi perkhabaran ini adalah nama kod yang digunakan didalam ujian Geekbench tersebut. Poco X2 diberikan nama kod phoenixin sementara Redmi K30 sebelum ini dengan nama kod phoenix.
Walaupunbegitu, tiada informasi lain yang boleh digunakan untuk mengesahkan perkara ini.
Dalam laporan terdahulu, Ketua Global Pocophone telah membuat kicauan, kita bakal mengetahui lebih lanjut mengenai POCO pada 2020. Namun kicauan tersebut telah dipadam.

Adakah Poco X2 ini adalah Pocophone F2 yang dinanti-nanti ramai atau hanyalah Redmi K30 yang diubah nama, kita tunggu pengumuman daripada pengeluar.
Sumber: GizChina
Berkaitan
- Realme 3 Akan Dilancarkan Di Malaysia 21 Mac Ini
- Canon Sumbang Barangan Keperluan Bernilai Lebih RM15,000 Kepada Petugas Barisan Hadapan
- Carian Google Image Kini Disertakan Dengan Butang Lens
- Ini Mungkin Rekaan Sebenar Telefon Pintar Gaming Huawei Mate 20X
- KKMM Tak Pantau Mana-Mana Pihak Dalam Talian - Eddin Syazlee
- Inilah Dia Kapal Kargo Elektrik Pertama Di Dunia Ciptaan China
- Kad MikroSD Western Digital Berharga RM1499 Dilancar Untuk Pasaran Tempatan
- WhatsApp, Facebook Dan Instagram Alami Masalah Akses
- Honor Play 5 Dilancarkan, Hadir Dengan Pengecasan 66W
- Kanak-Kanak 10 Tahun Ini Berjaya Nyahkunci FaceID iPhone X Milik Ibunya