Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Pintas Huawei, Kini Pengeluar Telefon Pintar Ke-3 Terbesar Di Dunia Untuk Februari

Xiaomi Pintas Huawei, Kini Pengeluar Telefon Pintar Ke-3 Terbesar Di Dunia Untuk Februari

Diterbitkan Mac 22, 2020 ยท Dikemas kini Mac 22, 2020 oleh Helmi Samsuri

Pasaran telefon pintar dunia sedia didominasi tiga pengeluar gergasi, Samsung, Apple dan Huawei. Samsung sejak sekian lama selesa berada di atas sementara di kedudukan kedua dan ketiga, Apple dan Huawei masing-masing memintas satu sama lain beberapa tahun kebelakangan ini.

Berdasarkan laporan terbaru yang dikeluarkan oleh Strategy Analytics, Xiaomi dikatakan berjaya mendahului Huawei untuk pasaran bulan Februari. Untuk bulan lalu, Xiaomi berjaya memasarkan sejumlah 6 juta unit telefon pintar berbanding Huawei dengan 5.5 juta unit sahaja.

global shipments februari

Sebagai perbandingan, jumlah yang diperoleh Huawei itu menurun 70% berbanding bulan Februari tahun lalu. Sementara itu, Xiaomi hanya mengalami penurunan sekitar 30%. Faktor ini kuat dikaitkan dengan larangan penggunaan teknologi Amerika Syarikat pada peranti terbaru Huawei. Disebabkan tiadanya perkhidmatan mudah alih Google pada penawaran terbaru, ia sedikit merencatkan jualan peranti pada pasaran global.

Selain itu, wabak Covid-19 yang melanda China sejak awal tahun ini turut memberi impak pada pasaran China untuk Februari.

Secara keseluruhannya pengeluaran telefon pintar global menurun sebanyak 38% iaitu hanya 62 juta unit dan jualan tahun-ke-tahun merekodkan penurunan 39% iaitu sekitar 65 juta unit.

Sumber: Sina Tech via Android Central

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
  • Eksploit Prolapse Didakwa Sokong PS5 Firmware 14.10, Tapi GTA 6 Masih Sukar Dicetak Rompak
  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
©2026 WISER.MY