Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Xiaomi Perkenal Tombol Pintu Pintar Mijia, Boleh Dibuka Dengan 6 Cara Yang Berbeza

Posted on November 28, 2018

Xiaomi bukan sahaja terkenal dengan penghasilan telefon pintar tetapi mereka juga ada mengeluarkan perkakasan pintar lain, selari dengan strategi syarikat itu yang mahu mewujudkan rumah pintar.

Terbaru, sebuah tombol pintu pintar dipanggil sebagai Mijia Smart Door Lock telah diperkenalkan pada acara 2018 MIDC Xiaomi AIOT Developer Conference yang berlangsung di Beijing.

Ia dibangunkan dengan teras kunci pintar kelas C yang tulen serta sokongan kepada 6 cara membuka seperti cap jari berasaskan 3D, kata laluan, NFC, dan Bluetooth.

Tombol pintu pintar ini juga dilengkapi dengan 7 sensor keselamatan yang terbina didalamnya dan turut menyokong akses menerusi aplikasi Mijia App Smart Unicom.

Kelebihan yang ada pada Mijia Smart Door Lock ini, ia didokong dengan platform Xiaomi AIOT yang boleh diintegrasikan dengan perkakasan lain.

Contohnya anda pulang dan membuka pintu, Xiao AI akan menyambut anda serta pendingin hawa akan dilaras ke suhu yang sesuai.

Sumber: GizChina

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress