Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
TYPE C

Xiaomi Perkenal Pengecas 20W USB-C Yang Boleh Digunakan Pada iPhone 12, Berharga Sekitar RM24

Diterbitkan November 2, 2020 · Dikemas kini November 2, 2020 oleh Amalina Athman

Umum mengetahui, Apple tidak menyertakan pengecas dalam kotak pembelian iPhone 12 di mana ianya boleh dibeli secara berasingan pada harga RM99. Sebagai alternatif, Xiaomi telah memperkenalkan pengecasan pantas 20W USB-C yang boleh digunakan pada iPhone 12.

Pengecas Xiaomi iPhone
Pengecas Xiaomi iPhone

Pengecas ini juga mampu memberikan pengecasan pantas pada Xiaomi Mi 10 dan iPhone 11. Menerusinya, ia mampu mengisi 45% bateri iPhone 11 dalam tempoh 30 minit.

Selain itu, ia juga boleh digunakan pada Samsung S10, iPad Pro, Nintendo Switch dan sebagainya.

39 yuan

Pengecas Xiaomi 20W USB-C diletakkan pada harga 39 yuan iaitu sekitar RM24. Bagaimanapun, ia hanya ditawarkan untuk pasaran China buat masa ini.

Sumber: GizmoChina

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Hasilkan Sel Hibrid “Planimal” Daripada Alga Merah dan Sel Hamster
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
©2026 WISER.MY