Pada Julai 2019 lalu, Xiaomi ada memfailkan paten berkaitan panel solar pada bahagian belakang telefon pintar.
Meneliti pada gambarajah paten tersebut, peranti ini mempunyai paparan skrin luas tanpa takuk. Kamera hadapan juga tidak kelihatan dan mungkin ia akan menggunapakai ciri kamera bawah paparan yang sedia dipertontonkan mereka sebelum ini. Sistem imbasan cap jari bawah paparan juga mungkin digunakan kerana ia tidak menunjukkan sebarang sensor fizikal pada mana-mana bahagian peranti.
Beralih ke bahagian belakang, terdapat dwi kamera berada pada penjuru kiri dan panel solar meliputi sebahagian besar panel belakang. Ia merupakan integrasi teknologi yang dapat memberikan pilihan kepada pengguna untuk mengecas peranti seperti biasa atau menggunakan tenaga solar.
Paten ini sudah disahkan oleh World Intellectual Property Office (WIPO) dan tidak semestinya paten tersebut dibangunkan serta dipasarkan kepada umum. Namun begitu, ia sedikit sebanyak menunjukkan bahawa Xiaomi sedang mencari idea baru dan berusaha untuk menghasilkannya.
Sumber: LetsGoDigital
Berkaitan
- Xiaomi Tak Duduk Diam, Dikhabarkan Akan Lancar Flagship Pada Harga Sekitar ~RM1211
- Pengering Rambut Dan Robot Vakum Xiaomi Boleh Mula Dibeli Hari Ini
- Xiaomi Malaysia Beri Sumbangan Kepada 600 Keluarga Yang Memerlukan
- Xiaomi Berusaha Keras Untuk Pengeluaran Besar-Besaran Pengecasan Pantas 100W
- Mungkinkah Xiaomi Mi 6 Mempunyai Reka Bentuk Sama Seperti Mi Note 2?
- Google AI Temui Planet Ke-8 Diluar Sistem Solar
- Xiaomi Akan Perkenalkan Redmi 5 Dan Redmi 5 Plus Minggu Hadapan
- #MWC2019 - Xiaomi Lancarkan Mi Mix 3 Versi 5G
- Xiaomi Redmi Note 3 Terima Kemaskini Android Marshmallow
- (Khabar Angin) Xiaomi Blackshark Max, Kapasiti Bateri 6500mAh Dan RAM 10GB