Pengering Rambut Dan Robot Vakum Xiaomi Boleh Mula Dibeli Hari Ini

Sewaktu mengumumkan Redmi 9 rasmi untuk pasaran tempatan, Xiaomi Malaysia juga tidak ketinggalan memperkenalkan tiga produk terbaru dalam ekosistem mereka.

Ketiga-tiga produk tersebut adalah Mi Ionic Hairdryer, Mi Robot Vacuum-Mop dan Mi Wi-Fi Range Extender Pro yang boleh anda baca disini - Mi Wi-Fi Range Extender Pro Sudah Mula Dijual Pada Harga RM59.
Mi Ionic Hairdryer

Merupakan sebuah pengering rambut yang dilengkapi dengan NTC, modul kawalan suhu pintar. Ia dikatakan mampu melaras suhu tiupan angin yang keluar secara automatik antara panas dan sejuk.


Mi Robot Vacuum-Mop

Robot vakum terbaru dari Xiaomi ini hadir dengan algoritma vSLAM atau Visual Simultaneous Localization and Mapping. Seperti namanya, perkakasan rumah ini mempunyai dua fungsi iaitu menyedut hampagas serta mop yang mampu membantu anda ketika membersihkan rumah.



Mi Robot Vacuum-Mop berupaya memberikan kuasa sedutan sehingga 2500Pa dengan 4 mod yang boleh dilaras. Reka bentuknya nipis dengan tinggi 8.2cm membolehkannya bergerak bebas ke bawah perabot. Bagi kawalan dari peranti pintar ia boleh diakses dari aplikasi Mi Home.
Harga jualan

Mi Ionic Hairdryer bakal dijual pada harga RM179 sementara Mi Robot Vacuum-Mop pula bernilai RM999. Kedua-duanya sudah mula ditawarkan hari ini dan boleh didapati di Mi Store seluruh negara.

Beli Mi Ionic Hairdryer dari:

Lazada: https://invol.co/clpkvj

Shopee: https://invol.co/clpkvu

Beli Mi Robot Vacuum-Mop

Lazada: https://invol.co/clpkvn

Shopee: https://invol.co/clpkvx