Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Paten Sistem Kamera Periskop, Mungkin Hadir Pada Mi Mix 4

Xiaomi Paten Sistem Kamera Periskop, Mungkin Hadir Pada Mi Mix 4

Diterbitkan Julai 10, 2019 · Dikemas kini Julai 10, 2019 oleh Helmi Samsuri

Memasuki tahun 2019, kita sedia dihidangkan dengan beberapa tren baru melengkapi telefon pintar yang ada dipasaran. Antaranya adalah penggunaan lensa periskop seperti model Huawei P30 Pro dan OPPO Reno 10x zoom edition.

Perkhabaran terbaru memperlihatkan sebuah lagi pengeluar bakal mengikut tren tersebut iaitu Xiaomi.  Ini adalah berdasarkan permohonan paten teknologi kamera periskop oleh Xiaomi dikatakan telah mendapat kelulusan Pejabat Harta Intelek China beberapa hari lalu.

XIaomi Periscope 3
XIaomi Periscope 2
XIaomi Periscope 1

Paten itu memperincikan tetapan kamera akan disediakan dengan lensa tambahann bersama lensa utama serta kedudukan antara dua lensa tersebut. Melalui paten ini juga, peminat boleh menjangkakan kebolehan zoom optikal 5x hingga 10 x zoom hybrid pada peranti generasi akan datang.

Spekulasi awal menyebut Mi Mix 4 bakal hadir dengan sistem kamera periskop ini dan ia turut dikhabarkan bakal menggunakan sensor 64MP Samsung GW1. Ini merupakan informasi awal dan kita perlu nantikan pengumuman daripada pengeluar sendiri.

Sumber: GSMArena

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
  • Sony Perkenal Paparan 3D Bersaiz 6" Tanpa Perlu Cermin Mata Khas
  • Pengguna MAE Kini Boleh Bayar QR Di 8 Destinasi luar Negara
©2026 WISER.MY