Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mix Fold 4 China_1

Xiaomi MIX Fold 4 Dilancarkan Dengan Rekaan Lebih Nipis, Ringan

Diterbitkan Julai 19, 2024 · Dikemas kini Julai 19, 2024 oleh Amalina Athman

Dalam acara yang berlangsung di China sebentar tadi, Xiaomi telah melancarkan telefon lipat MIX Fold 4.

Menyentuh spesifikasi, MIX Fold 4 hadir dengan rekaan lebih nipis berbanding Mix Fold 3, dengan ketebalan 4.59mm apabila dibuka lipat dan 9.47mm sekiranya dilipat serta berat 226g.

Xiaomi Mix Fold 4 China_2

Engsel 2.0 yang digunakan dalam telefon lipat ini merupakan naik taraf teknologi yang ketara daripada generasi sebelumnya. Ia mengurangkan lebar dan berat engsel masing-masing sebanyak 11.7% dan 16%, manakala panjang lengkok dikurangkan 15%.

Xiaomi Mix Fold 4 China_3

Engsel dinaik taraf dengan keluli ultra-kuat 1800MPa, dengan jangka hayat buka dan tutup sebanyak 500,000 kali.

Xiaomi Mix Fold 4 China_5
Xiaomi Mix Fold 4 China_4

Buat pertama kalinya, MIX Fold4 menggunakan sepenuhnya “seni bina semua karbon”. Plat engsel terapung, plat penyandar paparan serta bahagian plat bateri semuanya dibentuk dengan bahan gentian karbon T800H.

Xiaomi Mix Fold 4 China_6

Beralih ke bahagian skrin, panel utamanya berukuran 7.98-inci dengan sokongan kadar segar semula dinamik 1-120Hz serta maksimum kecerahan 3,000 nit. Panelnya dilengkapi Ultra Thin Glass. Di bahagian luar, ia dilengkapi paparan bersaiz 6.56-inci yang dilindungi Xiaomi Shield Glass dengan maksimum kecerahan yang sama.

Memuatkan bahagian dalam peranti adalah cip Snapdragon 8 Gen 3 dengan memori LPDDR5x, storan UFS 4.0 serta sambungan Wi-Fi 7.

Xiaomi Mix Fold 4 China_7
Xiaomi Mix Fold 4 China_8

Untuk fotografi, ia menampilkan tetapan empat kamera Leica, terdiri daripada 50MP utama, 50MP telefoto, 12MP ultra lebar serta sepasang telefoto dengan 2x dan 5x zum optikal.

Xiaomi Mix Fold 4 China_11

Bagi menghidupkan peranti, MIX Fold 4 didatangkan dengan kapasiti bateri 5,100mAh bersama sokongan pengecasan berwayar 67W dan 50W wayarles.

Lain-lain termasuk sokongan IPX8 serta menjalankan Xiaomi HyperOS. Tiga pilihan warna tersedia iaitu Black, White dan Blue.

Harga

Xiaomi Mix Fold 4 China_0

Berikut merupakan harga untuk MIX Fold 4:

  • 12GB + 256GB – 8,999 yuan (~RM5,802)
  • 16GB + 512GB – 9,999 yuan (~RM6,447)
  • 16GB + 1TB – 10,999 yuan (~RM7,092) 

Seperti biasa, buat masa ini MIX Fold 4 hanya kekal eksklusif untuk pasaran China. Belum diketahui jika dan bila ia akan dibawa masuk untuk pasaran global.

Berkaitan

  • 5 Sebab Telefon Ini Jadi ‘Flagship Killer’ Penting 2024
  • Xiaomi OpenWear Stereo Rasmi, Fon Telinga Rekaan Unik Pada Harga RM599
  • Xiaomi Mix Flip Dilancar, 3 Varian Ditawar Dengan Harga Bermula ~RM3,868

Sumber: Xiaomi

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Xbox Nano Controller Rupanya Boleh Sambung Terus Ke Cloud Melalui Wi-Fi
  • TNG eWallet Kini Tawarkan Tempahan E-Hailing Di 47 Negara - Bayaran Dalam Ringgit Malaysia
  • Selepas Hampir 22 Tahun, Satelit Swift NASA Masuk Semula Atmosfera Di Atas Indonesia
  • CelcomDigi Kesan 260 Juta Panggilan Disyaki Scam, Sekat 22 Juta SMS Sebulan
  • Bluetooth Akan Jadi Lebih Pantas, Kadar Pemindahan Data Meningkat Hampir 4 Kali Ganda
  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
©2026 WISER.MY