Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
harga Xiaomi Mi Watch Lite

Xiaomi Mi Watch Lite Dilancarkan Untuk Pasaran Malaysia, Berharga RM249

Diterbitkan Disember 15, 2020 · Dikemas kini Disember 15, 2020 oleh Amalina Athman

Xiaomi Malaysia hari ini telah mengumumkan satu lagi produk ekosistem baharu, Mi Watch Lite untuk pasaran tempatan.

Mi Watch Lite-lifestyle-03copyyyyy

Mi Watch Lite dilengkapi skrin bersaiz 1.4-inci dengan resolusi 320 x 320 serta 5 pilihan muka jam. Jam pintar ini menampilkan 11 mod sukan termasuk aktiviti berbasikal, berlari, berjalan, berenang, dan lain-lain.

harga Xiaomi Mi Watch Lite

Hadir dengan bateri berkapasiti 230mAh, jam pintar ini mempunyai jangka hayat sehingga 9 hari melalui pengecasan selama 2 jam. Mi Watch Lite ditawarkan dengan 5 pilihan warna iaitu hitam, biru, hijau, putih dan merah jambu.

Jam pintar ini juga didatangkan dengan ciri pemantauan tidur, semakan altitud & tekanan udara, serta pelarasan kecerahan secara automatik. Antara lainnya adalah mempunyai sokongan GPS, Bluetooth 5.1 dan ketahanan air sehingga 5ATM.

harga Xiaomi Mi Watch Lite

Di Malaysia, Mi Watch Lite ditawarkan pada harga RM249 dan dijual secara rasmi bermula 20 Disember 2020 melalui kedai jualan rasmi Xiaomi di Lazada serta pengedar yang sah.

Sebagai tambahan, anda juga boleh mendapatkan Mi Watch Lite dengan harga RM199 melalui pra-tempahan di Lazada pada 17 Disember ini.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kadar Pertumbuhan Syarikat Perlahan, Canva Umum Buang 1,271 Pekerja
  • MyCERT Saran Pengguna iPhone Kemas Kini iOS 27.2 Dengan Segera
  • Microsoft Patenkan AI Yang Boleh Ubah Kata-Kata Ikut Gerak Bibir Dan Ekspresi Wajah Secara Langsung Dalam Video
  • Ubat Susulan Boleh Dihantar Ke Rumah, Ini Cara Mohon Melalui MyUBAT
  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
©2026 WISER.MY