Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi Smart Band 4 Menjadi Peranti Pakai Paling Popular Di Dunia

Xiaomi Mi Smart Band 4 Menjadi Peranti Pakai Paling Popular Di Dunia

Diterbitkan Julai 11, 2020 oleh ariff bukhari

Xiaomi di laman Twitter rasmi mereka telah mengumumkan bahawa peranti boleh pakai mereka iaitu Mi Smart Band 4 adalah peranti boleh pakai nombor satu di dunia.

Pengumuman itu dibuat berdasarkan kepada analisis data pasaran yang diperolehi daripada firma Canalys.

WOW! #MiSmartBand4 is the best-selling wearable band in the world! 🎉

Let Mi know if you are part of the Mi Smart Band family too! ❤️#SmartLivingForEveryone pic.twitter.com/2L3ZkSRIcX

— Xiaomi (@Xiaomi) July 9, 2020

Pencapaian itu berdasarkan data jualan antara suku ke-3 2019 dan suku pertama bagi tahun ini.

Walaupun terdapat pelbagai peranti boleh pakai dari jenama lain seperti Huawei Band 4, Honor Band 5 dan Fitbit Inspire HR, tetapi siri Mi Smart Band keluaran Xiaomi tetap menjadi pilihan utama pengguna kerana ciri menarik serta harga yang ditawarkan adalah jauh lebih murah dari pesaingnya.

Xiaomi telah pun melancarkan model terbaru Mi Smart Band iaitu Mi Smart Band 5 pada pertengahan Jun lalu.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY