Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi Note 3 Turut Diperkenalkan- Umpama Mi 6 Tapi Skrin Lebih Besar

Xiaomi Mi Note 3 Turut Diperkenalkan- Umpama Mi 6 Tapi Skrin Lebih Besar

Diterbitkan September 11, 2017 · Dikemas kini September 11, 2017 oleh Haikel Areff

Dengan pelancaran Mi Mix 2 yang baru sahaja berlangsung sebentar tadi di University Beijing of Technology, Senin. Dalam acara tersebut Xiaomi turut mengambil kesempatan untuk melancarkan Mi Note 3.

Xiaomi Mi Note 3 Turut Diperkenalkan- Umpama Mi 6 Tapi Skrin Lebih Besar

Xiaomi Mi Note 3 merupakan peranti sambungan Mi Note 2 yang keluarkan pada Oktober yang lalu. Mi Note 3 juga dilihat merupakan peranti edisi jumbo dari Mi 6.

Xiaomi Mi Note 3 Turut Diperkenalkan- Umpama Mi 6 Tapi Skrin Lebih Besar

“Ramai yang mengatakan Mi 6 adalah peranti yang cantik, Mi Note 3 adalah versi besarnya” kata CEO Xiaomi, Lei Jun. “Jika anda sukakan Mi 6, tapi mahukan skrin lebih besar, Mi Note 3 adalah jawapannya” sambunganya lagi.

Xiaomi Mi Note 3 Turut Diperkenalkan- Umpama Mi 6 Tapi Skrin Lebih Besar

Mi Note 3 memiliki rekaan yang tidak jauh berbeza dengan Mi 6 cuma ianya memiliki paparan yang sedikit melengkung di kedua sisi kanan dan kiri. Manakala badannya diperbuat daripada aluminium aloi.

Peranti ini juga memiliki paparan 5.5 inci berbanding Mi 6 iaitu pada 5.15 inci. Dari segi spesifikasi pula, agak mengecewakan apabila ianya hanya menawarkan cip Snapdragon 660 tetapi dengan RAM 6GB. Storan dalaman pula 64GB/123GB manakala bateri bersaiz 3,500mAh.

Xiaomi Mi Note 3 Turut Diperkenalkan- Umpama Mi 6 Tapi Skrin Lebih Besar

Berbeza dengan Mi Mix, Mi Note 3 hadir dengan tetapan dua kamera telefoto dengan gabungan dua sensor 12MP di bahagian belakang, sama seperti Mi 6. Kamera selfie pula 16MP.

Xiaomi Mi Note 3 Turut Diperkenalkan- Umpama Mi 6 Tapi Skrin Lebih Besar

Antara ciri yang disebutkan dalam acara tersebut adalah ciri pengecaman muka yang didakwa mereka jauh lebih pantas berbanding menggunakan pengimbas cap jari.

Di China, Xiaomi akan menawarkan Mi Note 3 pada harga RMB 2499 (~RM1612).

Sumber

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY