Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mi band 5

Xiaomi Mi Band 5 Akan Hadir Dengan Pengecasan Magnetik

Diterbitkan Jun 9, 2020 · Dikemas kini Jun 10, 2020 oleh Meor Hasyim

Dengan tarikh pelancaran gelung pintar terbaharu dari Xiaomi yang makin hampir, Xiaomi hari ini telah memuat naik satu video jelas Mi Band 5. Ia menunjukkan demo pengecasan dengan kaedah baharu yang jauh berbeza dengan generasi sebelum ini.

Pada Mi Band 5, ia menggunakan pengecasan menggunakan kaedah magnetik. Video yang dimuat naik ke laman Weibo itu disertakan dengan kapsyen “tutup mata pun boleh cas” menunjukkan ia merupakan pengecasan yang lebih ringkas.

Xiaomi Mi Band 5 Akan Hadir Dengan Pengecasan Magnetik

Selain itu, Xiaomi juga turut memperlihatkan pilihan warna Mi Band 5 terbaharu ini. Ia akan datang dengan warna hijau, oren, kuning, dan juga warna klasik kesukaan ramai iaitu hitam.

Xiaomi Mi Band 5 Akan Hadir Dengan Pengecasan Magnetik

Poster itu juga turut mengacah fungsi-fungsi yang terbaharu seperti mod senaman, fungsi dompet (mungkin untuk China sahaja), dan juga fungsi penjejak haid.

Sebelum ini juga telah dilaporkan bahawa Mi Band 5 akan hadir dengan fungsi pengimbas tekanan darah SpO2 dan juga pembantu maya Alexa.

Xiaomi Mi Band 5 akan dilancarkan pada 11 Jun ini di China. Harga jualan pula dijangka tidak lari jauh berbanding model-model sebelumnya iaitu sekitar RM90 mengikut harga tukaran mata wang asing.

Sumber: Weibo

Beli Mi Band 4 di:

Lazada (https://invol.co/cloips)

Shopee (https://invol.co/cloipp)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY