Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
mi band 5

Xiaomi Mi Band 5 Akan Dilancarkan Pada 11 Jun Ini

Diterbitkan Jun 1, 2020 · Dikemas kini Jun 2, 2020 oleh Meor Hasyim

Band pintar Mi Band merupakan antara band paling popular yang digunakan di seluruh dunia disebabkan penawaran spesifikasi menarik pada harga berpatutan. Terbaru, Xiaomi sendiri telah mengesahkan pelancaran Mi Band 5 yang bertarikh 11 Jun 2020 ini.

Xiaomi Mi Band 5 coming on June 11 with camera remote feature

Ia bakal hadir dengan fungsi-fungsi baharu seperti sensor kepekatan darah SpO2, sokongan Alexa, dan juga paparan lebih besar. Terdapat juga gambar janaan band tersebut memperlihatkan paparan yang bersaiz 1.2 inci yang lebih besar berbanding Mi Band 4 yang hanya 0.95 inci.

Xiaomi Mi Band 5 renders. (Image source: Gizchina)

Sebelum ini juga kami melaporkan bahawa Mi Band 5 akan menggunapakai kaedah pengecasan persis Mi Band 2 dan 3. Pada Mi Band 4, pengecasannya adalah di bahagian bawah.

Xiaomi Mi Band 5 Akan Dilancarkan Pada 11 Jun Ini

Maklumat mengenai harga jualan masih belum diketahui, namun ia dijangka sekitar 200 yuan (~RM122) dan tidak jauh berbeza dengan model-model sebelumnya.

Beli Mi Band 4 di Lazada (https://invol.co/cloips) atau Shopee (https://invol.co/cloipp)

Sumber: Weibo

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY