Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi Mi 9 Diramalkan Hadir Dengan Tri-Kamera Utama, Imbasan Cap Jari Dalam Skrin

Xiaomi Mi 9 Diramalkan Hadir Dengan Tri-Kamera Utama, Imbasan Cap Jari Dalam Skrin

Diterbitkan November 12, 2018 oleh Haikel Areff

Xiaomi Mi 8 merupakan antara model flagship paling berjaya yang dihasilkan oleh syarikat dari China berkenaan. Ia menyebabkan lebih banyak pihak tertunggu-tunggu akan kehadiran “pewaris”-nya, Mi 9.

Menghangatkan lagi perkara ini, satu imej konsep model tersebut telah dihasilkan oleh pentiris terkemuka, Venya Geskin.

Xiaomi Mi 9 Diramalkan Hadir Dengan Tri-Kamera Utama, Imbasan Cap Jari Dalam Skrin
Kredit: @VenyaGeskin1

Melihat pada imej berkenaan, Mi 9 dikatakan akan hadir dengan sistem imbasan cap jari selain kamera utama tiga lensa. Bagaimanapun, ia masih lagi mengekalkan rekaan takuk tetapi lebih kecil berbanding Mi 8.

Menurut @VenyaGeskin1 lagi, model itu berkemungkinan besar dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 855(8150), memori sehingga 10GB RAM, pengecasan pantas baharu dan sokongan sambungan 5G.

Walaupun ia hadir daripada pentiris yang dipercayai, suka diingatkan bahawa imej ini masih lagi di peringkat konsep. Produk akhir kelak mungkin tidak seluruhnya sama dengan imej yang dihasilkan.

 

Sumber: VenyaGeskin1

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Beli Peralatan Elektrik 'Online'? Semak 3 Perkara Ini Dahulu
  • Cara Pindahkan Mata Ganjaran Kad Mesra Lama Ke Aplikasi Setel
  • Penyelidik Jepun Cipta “Planimal”, Sel Hibrid Gabungan Dari Sel Tumbuhan Dan Haiwan
  • NVIDIA Dan KIOXIA Bekerjasama Uji Sistem AI Dengan 1.1 Petabait SSD
  • Cara 'Schedule Message' WhatsApp
  • (Ulasan) Nothing Headphone (1) Pro — Hampir Mencapai Tahap 'Pro' Sebenar
  • Lenovo Legion Go Beam Dilapor Akan Menjalankan Sistem Android
  • Ini Jumlah Kepala Peledak Nuklear Yang Dilaporkan Wujud Di 9 Negara Setakat Ini
©2026 WISER.MY