Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Xiaomi-Mi-9-Leakz-Header (1)

Xiaomi Mi 9 Dilapor Muncul Pada Laman Pensijilan Singapura

Diterbitkan Februari 10, 2019 · Dikemas kini Februari 11, 2019 oleh Helmi Samsuri

Beberapa siri laporan mengenai Xiaomi Mi 9 telahpun dibuat sebelum ini, seperti pengesahan oleh CEO Xiaomi tentang kehadiran pengecasan pantas pada peranti tersebut selain dibayangkan pengenalannya pada bulan ini.

Mengutip laporan dari laman NashvilleChatterClass, siri Mi terbaru itu sudah muncul dalam laman IMDA Singapura.

Hal ini merujuk kepada nombor model (M1901F1G) dan nama pasaran yang tertera pada laman pensijilan tersebut. Ia dikatakan hampir serupa dengan nombor model yang mendapat pengesahan dari CCC (China), M1902F1A/T.

Xiaomi Mi 9 Dilapor Muncul Pada Laman Pensijilan Singapura
Imej: NashvilleChatterClass

Sebelum itu, variasi ini juga dikatakan sudah mendapat pengesahan dari NCC, agensi kawal selia Taiwan yang menggunakan nombor model sama.

Paparan hanya meletakkan beberapa informasi tanpa spesifikasi lengkap.

Mungkinkah Mi 9 juga bakal mendapat pengesahan dari Sirim tidak lama lagi? Sama-sama kita nantikan.

Sumber: NashvilleChatterClass

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY