CEO Xiaomi Sahkan Mi 9 Akan Hadir Dengan Pengecasan Lebih Pantas Dari 24W

Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Xiaomi, Lei Jun mungkin menjadi antara CEO yang paling aktif berhubung dengan pelanggan di laman media sosial.

Beliau sering menggunakan akaun Weibo-nya untuk menyampaikan maklumat mengenai perkembangan terbaru syarikat beliau.

Terkini, Lei Jun telah menjawab satu soalan mengenai pengecasan pantas yang bakal menyokong model Mi 9 mereka nanti.

Kapsyen: Weibo


Menurut beliau, peranti tersebut akan dilengkapi dengan pengecasan pantas yang lebih baik berbanding 24W yang ada sekarang.

Sebelum ini, terdapat beberapa laporan mengatakan Mi 9 akan hadir dengan pengecasan pantas 32W. Namun, ia masih lagi belum mendapat sebarang pengesahan dari Xiaomi.

Xiaomi dijangka bakal memperkenalkan peranti kelas perdana terbaru mereka itu pada bulan Mac nanti.

 

Sumber: Gadgets360