CEO Xiaomi, Lei Jun, sebelum ini pernah mengesahkan Mi 9 akan dilengkapi dengan pengecasan pantas 24W.
Dalam masa yang sama, beliau juga dilihat kerap kali mengacah nombor “9102” dalam laman media sosial Weibo.
Ia kemudiannya dituruti oleh Pengarah Produk Xiaomi, Wang Teng Thomas yang memuat naik perkongsian dengan ayat yang diterjemah “the year of 9102 will be Mi 9“.
Bertitik tolak dari itu, spekulasi mula beredar meramalkan pengumuman Mi 9 bakal dibuat sekitar 19 Februari nanti.
Jangkaan awal seperti yang dikutip dari khabar-khabar angin sebelum ini, Mi 9 mungkin dilengkapi dengan tiga kamera utama bahagian belakang, pengimbas cap jari dalam paparan yang disebutkan lebih pantas berbanding Mi 8 Pro.
Ura-ura turut menyebut peranti ini hadir dengan skrin 6.4 inci AMOLED, Snapdragon 855, RAM 6GB serta bateri berkapasiti 3500mAh.
Anda peminat siri Mi? Apa yang anda harapkan dari Xiaomi berkenaan keluaran akan datang?
Sumber: GizmoChina