Seperti yang diketahui, Xiaomi Mi 11 menerima peningkatan yang lebih baik berbanding sebelum ini.
Tampil dengan paparan AMOLED DotDisplay 120Hz berukuran 6.81 inci. Ia turut hadir dengan resolusi WQHD+ dan teknologi warna 10-bit bagi paparan warna lebih cantik.
Beralih kepada sistem audio, Xiaomi menawarkan sistem dwi-pembesar suara yang diselaraskan Harmon Kardon.
Bagi golongan kreatif, tiga kamera belakang yang menempatkan kamera utama 108MP, 13MP ultra lebar dan 5MP telemakro. Sementara 20MP untuk kamera swafoto.
Di dalam juga terbina bateri sebesar 4600mAh yang menyokong pengecasan 55W berwayar, 50W tanpa wayar dan 10W pengecasan terbalik. Tidak perlu risau, pengecas GaN 55W masih disertakan dalam kotak.
Harga Jualan
Mi 11 hadir dalam dua varian iaitu:
- 8GB RAM + 128GB storan - RM2799
- 8GB RAM + 256GB storan - RM2999
Terdapat tiga pilihan warna yang boleh dipilih iaitu Midnight Grey dan Horizon Blue manakala Cloud White hanya boleh didapati melalui pra-pesanan yang akan tersedia pada masa akan datang.
Telefon ini akan mula dijual di kedai rasmi Xiaomi di Lazada dan Mi Stores yang sah serta pengedar rasmi bermula 13 Mac.
Namun, berita baik buat pelanggan yang berminat, pra-pesanan Mi 11 bermula hari ini, 25 Februari pada jam 9.30 malam sehingga 10 Mac.
Dalam tempoh ini juga, pelanggan berpeluang memiliki pembersih udara Mi Air Purifier 3C yang terhad kepada 1500 pra-pesanan pertama di Xiaomi di Lazada dan laman rasmi Xiaomi.
Tidak terhenti di situ, 100 pelanggan pertama yang mendaftarkan resit pembelian Mi 11 di pautan ini turut akan menerima pek premium Mi AIoT eksklusif bernilai RM1356.
Berkaitan
- Siri Samsung TV Neo QLED Diperkenal - Hadir Dengan Panel Kuantum Mini LED
- Xiaomi CC11 Dijangka Tiba Tak Lama Lagi, Mungkin Siri Xiaomi Note 11
- Ini Harga Rasmi Komputer Riba Gaming Asus Dengan RTX 3060 Di Malaysia
- Perabot 'Gaming' IKEA ROG Akan Tiba Di Malaysia November Ini
- Rekaan Baharu Lagi, Ini Konsep Bagi Telefon Xiaomi 12
- Mungkin iPad Mini Baharu Dapat Tarik Peminat Tablet Bersaiz Kecil
- Telefon 'Flagship' Xiaomi Ini Mungkin Dilancar Tidak Lama Lagi
- Xiaomi Failkan Tanda Dagang Logo Baharu, Bernilai ~RM1.3 Juta
- Pengecas Tanpa Wayar 100W Xiaomi Dilancarkan
- Galaxy Buds 2 Tertiris, Alternatif Mampu Milik Berbanding Buds Pro