Siri Samsung TV Neo QLED Diperkenal - Hadir Dengan Panel Kuantum Mini LED

Samsung hari ini telah memperkenalkan teknologi paparan baharu mereka iaitu Neo QLED pada model TV 8K (QN900A) dan TV 4K(QN90A) mereka.

Teknologi QLED yang dibawakan Samsung kali ini adalah berada di tahap baharu di mana panel kuantum mini LED digunakan dan dikawal oleh teknologi kuantum matriks dan pemproses kuantum Neo.

Selain itu, Neo QLED dapat meningkatkan luminans sehingga 12bit dengan 4096 langkah dalam meningkatkan pengalaman HDR lebih baik di mana kawasan gelap akan lebih gelap sementara kawasan cerah makin terang.



Pemproses Kuantum Neo juga dapat mengoptimakan kualiti gambar sehingga 4K dan 8K tanpa mengira kualiti input. Dari segi rekaan, ia tampil dengan bezeless yang memberikan paparan penuh.



Turut dilengkapi ciri-ciri pintar yang akan memberikan pengguna memenuhi keperluan mereka seperti hiburan mahupun kecergasan.

TV ini juga boleh disesuaikan dengan Xbox Series X/S dan PS5 dimana hadir dengan bar permainan untuk mengakses fungsi permainan lebih cepat seperti kadar penyegaran dan lain-lain.



Ciri HDMI 2.1 yang terdapat dalam TV ini mampu memainkan permainan dengan 120Hz pada resolusi 4K serta ia turut tampil dengan mod latensi yang sangat rendah.

Buat masa ini, Samsung masih belum menyatakan harga jualan bagi kedua-dua model TV ini.

Sumber: Samsung