Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPad Mini

Mungkin iPad Mini Baharu Dapat Tarik Peminat Tablet Bersaiz Kecil

Diterbitkan Jun 14, 2021 oleh Amsyar Latif

Kali terakhir iPad mini dilancarkan adalah pada tahun 2019 yang lalu. Namun, berkemungkinan tahun ini ia membuat kemunculan kembali.

Berdasarkan imej komputer yang dikongsikan Jon Prosser bersama Rendersbyian, iPad mini 2021 dilihat seperti iPad Air yang bertubuh kecil.

Mungkin iPad Mini Baharu Dapat Tarik Peminat Tablet Bersaiz Kecil

Ini bermakna, bahagian sisinya berbentuk rata dan skrin yang lebih besar kerana pengimbas cap jari (Touch ID) sudah tidak kelihatan kerana fungsi itu dipindahkan pada butang kuasa yang berada di bahagian atas kanan.

Mungkin iPad Mini Baharu Dapat Tarik Peminat Tablet Bersaiz Kecil

Seperkara lagi yang baharu adalah ia menggunakan port pengecasan USB-C. Selain itu, tablet mini tersebut turut dijangka dikuasakan cip Apple A14 dan menerima sokongan Apple Pencil “mini”.

Berkemungkinan rekaan tersebut bakal digunakan iPad mini yang baharu kerana Mark Gurman melalui Bloomberg juga melaporkan perkara yang sama.

Baca juga – Spesifikasi Prototaip iPad Mini Generasi Ke-6 Didedahkan

Sumber: FPT

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • MyCERT Kesan Trojan Windows Disebar Melalui WhatsApp - Fail ZIP Menyamar Sebagai Dokumen Kewangan
  • Penyelidik Bangunkan Peranti Wayarles Yang Mungkin Dapat Bakar Lebihan Gula Dalam Darah Pesakit Diabetis Jenis 2
  • Cara Dapatkan Spotify Pelajar
  • 10 Laman Web Rujukan Akademik Yang Boleh Digunakan Pelajar
  • Reddit Bakal Utamakan Pengguna Log Masuk, Akses Tanpa Akaun Mungkin Dihadkan
  • Harga Telefon Pintar Semakin Mahal, Pengguna Terpaksa Setia Dengan Model Lama
  • Pengguna Kini Boleh Jana, Sunting Pelbagai Jenis Fail Secara Terus Dalam Gemini
  • Pengguna Di Malaysia Akan Mula Melihat Iklan Dalam Google AI Mode
©2026 WISER.MY