Peranti andalan Xiaomi 12 sebelum ini dijangka akan diperkenalkan menjelang penghujung tahun ini, mungkin pada November atau Disember. Telefon tersebut juga dikatakan adalah pertama yang dikuasakan cip Snapdragon 898.
Walaupun tiada maklumat khusus terutama spesifikasi yang ditawarkan dan rekaannya, konsep telefon tersebut kini diperlihatkan. Rupa bentuk itu adalah berdasarkan paten yang pernah dihantar Xiaomi yang juga telah memenangi anugerah minggu lalu.
Menerusi konsep Xiaomi 12, paparannya adalah mirip dengan Xiaomi 11. Bucu peranti lebih melengkung dan bulat. Namun, terdapat dua rekaan yang cuba disampaikan pada panel hadapannya.
Pertama ia hadir dengan kamera berlubang (seperti dalam paten) dan kedua adalah kamera di dalam skrin. Akan tetapi masih belum diketahui adakah Xiaomi sudah bersedia menawarkan teknologi tersebut dalam Xiaomi 12.
Bergerak pada bahagian belakang, ia dilengkapi modul kamera yang agak besar dan nampaknya hadir tiga tetapan kamera di mana satu bulatan besar dan dua bulatan bahagian bawah.
Apa-apa pun, Xiaomi 12 dijangka mempunyai cip Qualcomm baharu, memori LPDDR5 RAM, bateri sehingga 5000mAh dan sokongan pengecasan pantas 120W.
Jika anda peminat tegar Xiaomi, adakah anda berminat dengan rekaan Xiaomi 12 ini?
Sumber: letsgodigital
Baca juga: