Tahun lalu, Xiaomi telah memperkenalkan pengecas tanpa wayar 80W yang boleh mengecas 50% peranti dalam hanya 8 minit. Kini, mereka melancarkan Mi 100W Wireless Charging Stand pula.
Melaluinya, ia mirip seperti 80W terdahulu. Perbezaan terletak pada kepantasan mengecas, lapisan keselamatan serta warnanya.
Dari segi spesifikasi, hadir dengan dua gegelung dan kipas terbina di dalam yang akan diaktifkan apabila perlu. Tidak terhad untuk telefon Xiaomi, mana-mana telefon yang sokong pengecasan tanpa wayar juga boleh menggunakannya kerana ia mempunyai pengecasan Qi.
Tambahan lagi, telefon boleh dicas sama ada secara menegak mahupun mendatar padanya. Xiaomi mendakwa, pengecas ini mampu mengecas penuh Mi Mix 4 dalam 28 minit.
Meskipun begitu, hanya peranti andalan seperti Mi 11 Ultra dapat memanfaatkan pengecas ini memandangkan ia menyokong 67W pengecasan tanpa wayar. Sementara Mi Mix 4 50W. Apa-apa pun, pengecas ini dijual pada harga 599 yuan (~RM392).
Sumber: gizmochina
Baca juga: