Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Xiaomi Mi 11 Akan Diperkenal Dengan Cip Snapdragon 875

Posted on Oktober 19, 2020Oktober 19, 2020

Xiaomi kini dilaporkan akan memperkenalkan peranti mercu Mi 11 dengan janaan cip pemproses Snapragon 875. Perkara ini didedahkan oleh Digital Chat Station melalui laman Weibo.

Mi 11 Snapdragon 875

Tambahnya, Xiaomi Mi 11 akan dilancarkan secara eksklusif untuk pasaran China sebelum dilancarkan untuk pasaran global. Ia mungkin hadir seawal tahun hadapan.

Bagaimanapun, tidak dinyatakan dengan lebih lanjut mengenainya.

Terdahulu, Qualcomm dijadual melangsungkan acara Tech Summit pada 1-2 Disember 2020 secara dalam talian. Melalui acara ini, Qualcomm dijangka akan memperkenalkan cip Snapdragon 875.

Laporan sebelum ini turut menyatakan Samsung Galaxy S21 dijangka menjadi yang pertama akan diperkenalkan dengan cip ini pada awal tahun hadapan.

Sumber: Weibo via GizmoChina

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress